suria

A. Aida muncul tidak bertudung di AJL34 - “Doakan yang baik-baik saja”

A. Aida kini tidak lagi berhijab.

SELEPAS lebih setahun berpenampilan muslimah, penerbit Datuk A. Aida mengejutkan ramai pihak apabila muncul tidak berhijab pada majlis Anugerah Juara Lagu Ke-34 (AJL34), malam Ahad.

A. Aida atau Zaidah Awang, 49, mengayakan baju gaun berwarna perak hadir ke majlis itu sebagai penulis lirik lagu Kisah Cinta Kita nyanyian Hafiz Suip.

ARTIKEL BERKAITAN: A. Aida tunai janji permintaan suami kekal berhijab

Beliau turut memuat naik foto terbaharunya di laman sosial Instagram dengan kapsyen #kisahcintakita.

Rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dengan keputusan A. Aida itu.

A. Aida bertudung ketika berkahwin dengan pelakon Ariff Aziz pada Julai lalu.

Manakala segelintir peminatnya berharap wanita itu akan kembali bertudung.

Dalam pada itu A. Aida berkata dia tidak lagi bertudung sejak beberapa bulan lalu.

Katanya, keputusan yang dibuat itu adalah atas kehendaknya sendiri tanpa dipengaruhi sesiapa.

"Sejak beberapa bulan lalu saya dah tak pakai tudung... Kalau pergi gim pun saya pakai topi dan sudah nampak rambut. Cuma di AJL34 ini saya muncul dengan imej sebenar saya," katanya.

Bagaimanapun, dia meminta peminat mendoakan yang terbaik buat dirinya.

“Saya tahu ramai yang terkejut dengan keputusan saya ini, apa-apa pun doakan saya yang terbaik,” katanya.

A. Aida mula mengenakan hijab selepas berkahwin pada Julai 2018 dengan pelakon, Ariff Aziz.

Rumah tangga mereka hanya bertahan selama sembilan bulan sebelum mengambil keputusan berpisah pada April tahun lalu.

A.Aida, AJL34

Artikel Lain