suria

“Saya tak mahu hipokrit, nak kuatkan dalaman dulu sebelum ikhlas bertudung… Dulu hormat permintaan suami” - A Aida

A. Aida mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab sejak beberapa bulan lalu.

PRODUSER filem Datuk A. Aida berkata, keputusan mengenakan hijab yang dibuat sebelum ini bukan atas kehendaknya tetapi sebagai mentaati permintaan suami, Ariff Aziz selepas mereka bernikah pada 21 Julai 2018.

Mereka bercerai pada 25 April 2019 selepas sembilan bulan mendirikan rumah tangga.

A. Aida atau Zaidah Awang, 49, berkata, dia tidak mahu menjadi hipokrit dan menipu diri sendiri iaitu mengenakan tudung namun hatinya belum jujur untuk ke arah itu.

ARTIKEL BERKAITAN: A. Aida muncul tidak bertudung di AJL34 - “Doakan yang baik-baik saja”

"Semasa kahwin, saya patuh dan dengar nasihat suami walaupun hati saya tak ikhlas melakukannya. Selepas bercerai, saya tidak mahu menipu diri saya lagi dan lebih baik saya menjadi diri sendiri.

A. Aida ketika bertudung.

"Lagipun cara pemakaian tudung saya selama ini tidak sempurna kerana saya masih mengenakan pakaian mengikut bentuk badan contohnya sewaktu ke gim dan sebagainya sedanngkan ia bukan imej sempurna bagi wanita yang bertudung," katanya.

A.Aida diminta mengulas imej terbaharu ketika muncul dalam Anugerah Juara Lagu ke 34 (AJL34) pada malam Ahad apabila tidak lagi memakai tudung.

Dia merupakan penulis lirik untuk lagu Kisah Cinta Kita nyanyian Hafiz Suip.

Saya selalu berdoa berdoa untuk menjadi baik dan saya harap peminat di luar sana doakan yang terbaik.

A. AIDA

PRODUSER

Tambah A Aida, dia menyedari kewajipan memakai tudung itu adalah wajib bagi setiap wanita beragama Islam namun dalam hal ini dia memohon orang ramai agar terus berdoa supaya pintu hatinya terdorong untuk terus melakukan perkara lebih baik pada masa hadapan.

Bagaimanapun produser ini menasihati peminatnya agar tidak menjadikannya idola atas apa-apa perbuatan tidak sempurna yang dilakukannya.

"Saya selalu berdoa berdoa untuk menjadi baik dan saya harap peminat di luar sana doakan yang terbaik. Mungkin ada di antara doa-doa itu diperkenankan Allah dan Dia memakbulkannya.

Gambar kenangan A Aida bersama suaminya Ariff Aziz dan anak-anak A Aida hasil perkahwinan terdahulu. Mereka bercerai pada 25 April 2019.

"Anda juga yang dapat ganjaran berbanding kalau kita mengutuk dan mencerca. Saya juga masih mencari diri. Saya nak kuatkan dalaman saya dahulu," katanya.

Dalam perkembangan lain filem terbitan A Aida iaitu Ratu Kala Jengking akan menemui penonton di pawagam pada 27 Februari ini.

Ia membariskan pelakon antaranya Nadia Brian, Amar Asyraf, Mas Khan, Datuk Fizz Fairuz dan Fauziah Nawi.

A. Aida, Ariff Aziz, ALJ34

Artikel Lain