AKHIRNYA perbalahan antara Azwan Ali dan usahawan kosmetik Datuk Seri Vida berjaya diselesaikan dengan baik apabila pengacara itu membuat permohonan maaf secara terbuka. Azwan memohonan maaf pada Selasa berhubung penghinaan yang dilakukannya di laman sosial baru-baru ini. Bersama permohonan maaf itu, Azwan turut berjanji memadam semua muat naik berkaitan isu berkenaan di Twitter seperti yang terkandung dalam tuntutan berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Vida sebak anak didakwa rentung - “Muka arwah pun saya tak tengok sebab tak boleh hadap” ARTIKEL BERKAITAN: Hina arwah 2 anak lelaki, body shaming Cik B dorong Vida saman Azwan Ali ARTIKEL BERKAITAN: Melampau! Vida kesal tindakan Azwan Ali bakar perfume, hina arwah anak - “Nak bayar gapo? Dia sebenarnya tetamu tak diundang” “Bersaksikan peguam saya Mohamed Fu’ad Zainal Abidin, dengan ini Diva AA memohon maaf secara terbuka. “Permohonan maaf ini dibuat setelah mengkaji banyak perkara bersama peguam... ini bukan soal kalah menang. “Saya juga akan memadam semua status hinaan terhadap DSV dan juga anaknya Cik B di Twitter,” katanya kepada mStar. Azwan ditemani peguam ketika membuat permohonan maaf secara terbukan kepada Vida. Azwan ditemui semasa sidang media tergempar yang diadakan di Hotel Marriot, Putrajaya pada Selasa. Turut hadir, peguam yang dilantik Azwan daripada Fu’ad Hawari Izair & Partners, Tetuan Mohamed Fu’ad Zainal Abidin. Pada Isnin, Vida menuntut Azwan membuat permohonan maaf secara terbuka susulan beberapa isu yang timbul selepas kemunculannya dalam Karnival Cik B Vaganza Tour 2020, baru-baru ini. Tindakan Azwan menghina fizikal anak perempuannya, Cik B serta dua lagi anak lelakinya yang sudah meninggal dunia dalam kejadian kebakaran disifatkan sebagai perbuatan yang tidak sensitif. Dakwa Vida lagi, menerusi video yang dikongsi di Twitter, Azwan turut membakar sehelai selendang serta dua botol minyak wangi pemberiannya yang bernilai ratusan ringgit. Sementara itu, Azwan berkata dia dengan rela hati membuat permohonan maaf meskipun rakaman video dan status yang dimuat naik di laman sosial itu tidak menyebut nama mana-mana pihak. Vida bersama Cik B (dua dari kanan) ketika sidang media pada Isnin bagi menuntut permohonan maaf daripada Azwan. “Video yang dimuat naik tidak menyebut nama sesiapa, tapi saya hormati pendirian DSV yang kata dia tersentap dan tersinggung. “Saya kira isu ini sudah selesai, terpulanglah pada dunia nak melihat kes ini... saya juga akan padam semua status dan video itu di depan wartawan harini. “Jika dia kata status yang saya tulis itu berbaur fitnah dan boleh menjejaskan bisnes... saya terima dan tarik balik!,” katanya. Ditanya adakah dia bersedia untuk bersemuka dengan usahawan tersebut, Azwan berkata dia menantikan peluang tersebut. “Saya tiada masalah, kalau dia nak jumpa secara terbuka, saya okay sahaja, lebih baik bertemu depan-depan. “Malah, kalau ada usahasama bisnes selepas ini pun kita terima sahaja, berdamai tu kan lebih baik!,” ujarnya.