suria

Aliff Syukri diminta serah anak angkat kepada pembantu peribadi buat sementara

Anak angkat Aliff Syukri akan dijaga oleh pembantu peribadi buat sementara waktu.

SUSULAN kes pukul anak angkat, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri diminta menyerahkan kanak-kanak itu di bawah jagaan pembantu peribadinya buat sementara.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya menahan Aliff pada pukul 3.30 petang, Khamis lalu bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun, Aliff dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes pukul anak angkat, Aliff Syukri dibebaskan dengan jaminan polis

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri batal sidang media tergempar penjelasan dakwaan pukul anak angkat, jemputan dibuat tanpa pengetahuan

"Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling Jaya sudah membuat penilaian dan menasihatkan mangsa diletakkan di bawah jagaan sementara pembantu peribadi Aliff.

"Sebelum ini, kami menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang wanita warga Indonesia yang juga pembantu rumah kepada Aliff pada Sabtu lalu pada 3.45 petang.

Aliff didakwa pukul anak angkat.

"Hasil pemeriksaan awal dilakukan pihak hospital mendapati terdapat kesan lebam di bahagian belakang badan mangsa. Namun, pegawai perubatan tidak dapat mengesahkan bahawa kecederaan berkenaan adalah daripada perbuatan dera," katanya.

Sementara itu, Nik Ezanee berkata, pihaknya sudah merakam percakapan pembantu rumah berkenaan dan saksi-saksi lain dalam kejadian terbabit.

"Kami juga akan menyambung merakam percakapan beberapa saksi bagi melengkapkan siasatan itu mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

"Kertas siasatan kes berkenaan akan dikemukakan ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan seterusnya," katanya.

Tular salinan laporan polis dan  rakaman video mengenai anak angkat Aliff Syukri.

Sebelum ini, Aliff didakwa memukul anak angkatnya bernama Aminah Alip Shah dalam satu kejadian yang berlaku di kediamannya yang terletak di Petaling Jaya pada 28 Februari lalu.

Difahamkan pembantu rumah kepada pengasas produk Dherbs itu sendiri yang melaporkan kepada pihak polis sehari selepas kejadian tersebut.

Suspek dikatakan memukul menggunakan tangan pada muka kanak-kanak terbabit semasa mahu merakam gelagatnya menangis untuk kandungan YouTube.

Terdahulu, tular salinan laporan polis yang yang turut tertera nama Datuk Seri Aliff Syukri dan anak angkatnya Aminah Alip Shah.

Malah, Instagram usahawan kosmetik itu turut mula dibanjiri dengan komen netizen yang mahukan penjelasan berhubung isu ini.

Aliff Syukri

Artikel Lain