suria

Nina Iskandar kritik kerajaan hadkan jemaah solat di masjid? - “Saya orang Brunei, tak pernah terbabit politik!”

Nina Iskandar berang ada pihak wujudkan akaun palsu di Facebook guna namanya dan memburukkan kerajaan.

PELAKON Nina Iskandar terkejut dan bengang apabila mengetahui dia menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab bagi mencetuskan provokasi terhadap kerajaan Malaysia di Facebook.

Tegas Nina atau nama sebenar Nur Akmalina Iskandar, 29, perbuatan berkenaan dikhuatiri boleh menimbulkan salah faham orang ramai terhadapnya.

"Ini bukan saya... menggunakan kata-kata kesat, cakap macam-macam fasal kerajaan Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua bulan menunggu, rupa-rupanya Nina Iskandar kena 'scam' kedai online - “Saya sepatutnya buat research sebelum beli”

"Saya orang Brunei, saya tak pernah membabitkan diri dalam apa-apa perkara berunsurkan politik kerana saya tahu tak ada tempat untuk itu.

Nina maklumkan mengenai akaun palsu itu di laman Instagram miliknya.

"Entah kenapa pihak tidak bertanggungjawab itu kena guna nama saya," katanya menerusi Instastory.

Pelakon drama Setelah Cinta Itu Pergi ini turut berkongsi paparan skrin status yang dimuat naik oleh pengendali akaun berkenaan.

Dia turut menerima beberapa laporan daripada peminat yang memaklumkan mengenai kewujudan akaun palsu itu.

Antara status provokasi yang dimuat naik pemilik akaun tersebut.

Sementara itu, Nina meminta pengikutnya membantu melaporkan akaun tersebut kepada pihak Facebook.

Ini kerana dia bimbang jika pemilik akaun berkenaan berterusan melakukan sesuatu diluar kawalan sehingga mencemarkan nama baiknya.

"Saya dah sediakan pautan (link), anda perlu layangkan ke atas (swipe up) dan laporkan akaun ini.

"Tolong laporkan akaun itu sebelum jadi lagi teruk," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Nina Iskandar

Artikel Lain