suria

Didakwa ganggu suami orang, nama Fatin Afeefa terpalit kontroversi Alya Iman - “Saya bukan pakar motivasi nak komen fasal itu”

Fatin enggan mengulas isu Alya kerana tidak mengenali pelakon baharu itu.

KONTROVERSI melanda pelakon baharu Alya Iman yang didakwa menjalin hubungan dengan lelaki berstatus suami orang, nama Fatin Afeefa turut terpalit dan disebut-sebut netizen di laman sosial.

Ia berikutan Fatin Afeefa atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin, 26, pernah menjadi hangat sekitar tahun lalu apabila menerima tuduhan yang sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Fatin Afeefa tak serik? Wanita bagi amaran... “Berjanji tak kacau rumah tangga aku lagi, berhenti sorok-sorok berjumpa”

Bagaimanapun, Fatin ketika ditemui enggan mengulas lanjut berikutan dia sendiri tidak mengenali anak kepada pelakon legenda Allahyarham Azmil Mustapha itu.

Dia juga tiada kena mengena dengan saya dan saya sendiri tak kenal dia.

FATIN AFEEFA

PELAKON

“Saya tak kenal siapa Alya Iman yang diperkatakan. Jadi, saya tak nak beri sebarang komen mengenai isu tersebut. Lagipun, saya tidak sesuai untuk memberi komen memandangkan saya bukan pakar motivasi.

“Dia juga tiada kena mengena dengan saya dan saya sendiri tak kenal dia. Malah, dia pun tak ada dalam senarai pengikut saya di laman sosial pun,” kata Fatin kepada mStar.

Pelakon drama bersiri The Gadis itu ditemui pada sebuah sidang media perlantikannya sebagai duta Havainas.

Sebelum ini, Fatin pernah didakwa menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki berstatus suami orang sekitar Jun tahun lalu.



Sekitar Jun tahun lalu, seorang wanita mendakwa Fatin mempunyai hubungan dengan suaminya di Twitter.

Perkara itu didedahkan oleh seorang wanita yang menggunakan nama Mag di Twitter yang mendakwa pelakon drama Red Velvet itu menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya sejak dua tahun lalu.

Bagaimanapun, Mag memberitahu Fatin sudah menghubunginya bagi memohon maaf dan berjanji tidak akan menganggu hubungan mereka.

Fatin sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 dan bercerai dengan talak satu pada 30 Mei 2017.

Hasil perkahwinan itu, dia mempunyai dua cahaya mata iaitu Adam Aisy Arrian, 6, dan Ivy Herra Sophia yang kini berusia empat tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Fatin Afeefa, Alya Iman, sensasi,

Artikel Lain