SUSULAN kontroversi Alya Iman dituduh ‘gold digger’ dan perampas suami orang, teman lelakinya Ridhwan Rosli tampil mempertahankan pelakon dan model muslimah itu. Tidak setuju dengan tuduhan kesat yang dilemparkan netizen, Ridhwan ketika dihubungi mStar menyifatkan Alya seorang gadis yang sentiasa bersederhana dalam kehidupan seharian. ARTIKEL BERKAITAN: Alya Iman dituduh jadi ‘gold digger’, rampas suami orang - “Segala hadiah dah dipulangkan... maaf kepada yang terluka” ARTIKEL BERKAITAN: Ini 12 fakta penting tentang Alya Iman, mula jadi model muslimah sejak usia 13 tahun "Bukan, dia bukan seorang gold digger. Dia seorang yang sangat sederhana. "Skrin telefon dia retak pun dia masih guna. Kedua-dua telefon bimbit dia retak sebenarnya tapi dia masih gunakannya. Model telefon tu pun bukan model terkini. Alya mula berkecimpung dalam industri lakonan sejak 2018. "Tapi, sudah semestinya di media sosial, dia perlu tunjukkan perkara yang baik-baik dan cantik-cantik," katanya. Menurut Ridhwan, dia mengenali Alya selepas pelakon itu mula bekerja di sebuah syarikat swasta pada Jun lalu. Kata Rosli, dia tidak nampak teman wanitanya itu seorang yang menggunakan lelaki untuk kemewahan hidup sebaliknya bekerja demi menampung kehidupannya sendiri. "Kami mula berkawan rapat sejak dia bekerja di sini pada Jun lalu. Kami berdua pernah ada pengalaman buruk dalam hubungan cinta. RIDHWAN ROSLI TEMAN LELAKI ALYA IMAN "Dia bekerja di sini untuk menampung dirinya," ujarnya. Ridhwan dan bekas isterinya berpisah secara rasmi pada 8 Oktober 2019 selepas enam tahun perkahwinan. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Raina, 5, dan Rafael yang kini berusia tiga tahun. Ridhwan berkata dia dan Alya belum merancang untuk membawa hubungan mereka ke fasa seterusnya. Alya merupakan anak bongsu kepada Allahyarham pelakon Azmil Mustapha. Katanya, dia tidak mahu terburu-buru memandangkan mereka berdua pernah melalui masa silam dengan hubungan masing-masing. Bagaimanapun, Ridhwan mengakui dua anak-anaknya rapat dan menerima Alya dengan baik. "Bab kahwin tu, kami tak mahu terburu-buru. Anak-anak saya sayangkan dia, itu yang penting. InsyaAllah kalau ada jodoh, tak ke mana. "Lagipun, kami berdua pernah ada pengalaman buruk dalam hubungan cinta," jelasnya. Alya sebelum ini pernah dituduh sebagai perampas suami orang dan 'gold digger'. Sebelum ini, nama Alya hangat diperkatakan selepas seorang wanita dikenali sebagai Penny mendakwa suaminya menjalinkan hubungan dengan pelakon itu sejak tahun lalu. Bukan setakat itu, seorang lagi individu yang mengaku sebagai bekas kekasih Alya mendakwa berhabis sebanyak RM2.3 juta untuk perbelanjaan peribadi pelakon berkenaan. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!