suria

Alya Iman dituduh jadi ‘gold digger’, rampas suami orang - “Segala hadiah dah dipulangkan... maaf kepada yang terluka”

Alya Iman jawab tuduhan rampas suami orang dan mengejar lelaki kaya.

DITUDUH menjalinkan hubungan sulit dengan ahli perniagaan berstatus suami orang, pelakon baharu Alya Iman tampil menjelaskan situasi sebenar.

Mengakui dakwaan tersebut adalah benar, Alya atau nama sebenar Nur Alya Iman Azmil, 19, berkata dia dan individu berkenaan sudah mengikat tali pertunangan namun memutuskan hubungan tersebut pada Mac lalu.

"Alya telah bertunang dengan seorang individu yang berusia 30 tahun yang telah berkahwin dan mempunyai 2 cahaya mata. Majlis tertutup tersebut telah dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat Alya pada 27 Februari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Alya Iman pula dituduh jalin hubungan dengan Zizan, ini pengakuan sebenar apa yang berlaku - “Kami hanya kawan, itu fitnah!”

"Alya difahamkan bahawa isteri individu tersebut bersetuju dengan kehadiran Alya sebagai isteri kedua. Bagaimanapun, Alya telah memutuskan pertunangan tersebut pada Mac lalu apabila mengetahui bahawasanya kewujudan Alya tidak diketahui dan dipersetujui isteri individu tersebut.

"Segala hadiah telah Alya pulangkan kepada individu tersebut kerana rasa bersalah. Alya pasrah dengan apa yang berlaku pada saat ini dan percaya Allah Maha Adil dan Maha Berkuasa," katanya.



Alya sudah pulangkan semua hadiah yang diberikan oleh bekas kekasihnya yang bergelar suami orang.

Pada Jumaat, isteri kepada seorang ahli perniagaan menerusi Instagram mendakwa suaminya berhubungan dengan pelakon baharu Alya Iman.

Wanita tersebut mendakwa sudah setahun suaminya menjalin hubungan sulit dengan pelakon drama Bukan Kahwin Paksa ini.

Sesungguhnya Alya percaya apa yang berlaku telah mematangkan Alya. Alya mohon maaf kepada semua pihak yang terluka!

ALYA IMAN

PELAKON

Ditanya adakah dia akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan kecaman terhadap dirinya, anak kepada pelakon legenda Azmil Mustapha ini berkata dia masih belum memikirkan tentang perkara itu.

"Buat masa ini belum lagi!

"Sesungguhnya Alya percaya apa yang berlaku telah mematangkan Alya. Alya mohon maaf kepada semua pihak yang terluka.



Isteri ahli perniagaan muat naik status dan perkongsian mengenai Alya di Instastory.

"Pada waktu ini, Alya meneruskan kehidupan dan ingin fokus kepada kerjaya dan usaha Alya untuk menjadi insan yang lebih baik.," ujarnya.

Sementara itu, akaun Instagram Alya turut dihujani dengan pelbagai komen kecaman daripada netizen.

Namun ada juga pengikut yang berpendapat tidak wajar hanya Alya dipersalahkan dalam hal ini kerana ia turut membabitkan pihak lelaki.

"Saya anti perampas suami orang, nak beritahu kifarah itu ada lambat atau cepat sahaja. Kalau betul ada jodoh tak perlu sampai nak rosakkan rumah tangga orang!

"Caras suami orang ke tu? Tapi kalau tak tepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Yang lelaki pun dah ada isteri bawa-bawa insaf diri. Dua-dua salah tapi jangan salahkan satu pihak sahaja," demikian antara komen netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain