suria

Alya Iman pula dituduh jalin hubungan dengan Zizan, ini pengakuan sebenar apa yang berlaku - “Kami hanya kawan, itu fitnah!”

Alya Iman nafi ada hubungan istimewa dengan Zizan Razak

DAKWAAN hangat menjalinkan hubungan cinta dengan Zizan Razak serta dituduh sebagai gadis murahan mengundang kemarahan pelakon baharu Alya Iman.

Tampil menjelaskan perkara sebenar, Alya atau nama sebenar Nur Alya Iman Azmil, 19, berkata dia dan Zizan hanya berkawan tanpa membabitkan soal perasaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Zizan tak simpan perasaan terhadap Hawa Rizwana - “Orang cuba padankan, saya rasa kelakar sebab dia terlalu muda”

“Saya dan Zizan hanya berkawan sahaja, komen yang ditulis itu semua tidak betul.

“Saya pun tidak tahu siapa yang nak buat (fitnah) saya macam ini, mungkin orang dengki atau dendam dengan saya, ” ujarnya kepada mStar.

Alya Iman berang dengan tuduhan individu tidak bertanggungjawab di media sosial.

Alya mengulas mengenai satu dakwaan di ruangan komen Instagram mStar yang mengaitkannya dengan Zizan.

Malah pemilik akaun itu mendakwa Alya juga merupakan seorang gadis murahan kerana sering didampingi ramai lelaki.

Selain itu Alya yang juga anak kepada pelakon legenda Azmil Mustapha mengakui ini bukan kali pertama dia diganggu dengan komen-komen berunsur fitnah seperti itu.

Kalau berterusan begini macam mana nak cari makan.

ALYA IMAN

PELAKON

Namun jelas Alya, kebanyakan tuduhan dibuat menerusi platform media sosial pihak lain.

“Dia tidak komen di Instagram saya tapi di akaun orang lain... kawan-kawan yang memaklumkan kepada saya.

“Mula-mula risau sebab dia burukkan nama saya dan cakap macam-macam tentang saya... kalau berterusan begini macam mana nak cari makan.

“Tapi apabila difikirkan balik, benda itu tidak betul dan saya tidak buat seperti yang didakwa... kebenaran akan muncul, ” katanya.

Alya kecewa apabila nama arwah bapanya, Azmil Mustapha dikaitkan dalam kontroversi.

Alya ditemui di set penggambaran Gaun Pengantin Ivory di Kelab Golf Titiwangsa Polis Diraja Malaysia pada Khamis.

Dalam pada itu Alya yang mula berkecimpung dalam dunia peragaan sejak enam tahun lalu berkata dia terkilan apabila nama bapanya turut dikaitkan dengan isu sebegini.

“Sebab itu saya katakan bawa nama sebagai anak Azmil Mustapha sangat membebankan.

“Apabila benda-benda buruk jadi, orang akan cakap... tak nak jaga nama arwah ker? Tapi bukan salah saya!

“Jadi saya amat kecil hati kerana apa yang disebarkan adalah fitnah, stop guna nama bapa, ” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain