suria

Zarina Anjoulie dan Yas rujuk semula, mahu perbaiki diri dari segi agama - “Kami tak nak putus asa dengan perkahwinan ini”

Zarina dan Yas mahu memperbaiki diri dan rumah tangga mereka.

TIDAK sampai sebulan pendedahan perceraian Zarina Anjoulie dengan Eilyas Azhar atau lebih dikenali sebagai Yas, pelakon sensasi itu pada Selasa mengumumkan sudah rujuk semula sebagai suami isteri.

Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul memberitahu keputusan itu dibuat selepas mereka mengetepikan ego masing-masing dan berbincang secara baik.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Zarina Anjoulie hadir ke mahkamah, lega urusan cerai selesai - “Semua berjalan lancar... cuma sedih tak dapat cakap bye dekat Yas!”

Mengakui tidak mahu sewenang-wenangnya putus asa dengan perkahwinan yang sudah dibina, Zarina berkata dia dan suaminya akan memperbaiki diri ke arah yang lebih baik demi rumah tangga mereka.

Terutama dari segi agama... nak belajar untuk menjadi lebih baik di masa kelak.

ZARINA ANJOULIE

PELAKON

"Ya, betul (rujuk)... kami pun dah berbincang dan berbaik-baik, Alhamdulillah. Kami berdua nak perbaiki lagi diri dan rumah tangga. Mungkin sebelum ini, dua-dua ego.

"Tapi selepas berfikir dan berbincang, kami berdua rasa macam tak nak putus asa dengan perkahwinan ini senang-senangkan. Alhamdulillah, sekarang kami pun nak ke arah yang lebih baik.

"Terutama dari segi agama... nak belajar untuk menjadi lebih baik di masa kelak. Kalau jodoh dan cinta itu kuat, Insya-Allah. Saya harap semua orang dapat mendoakan yang baik-baik untuk kami berdua," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, pelakon berusia 33 tahun itu berkongsi status mengatakan dia sudah rujuk bersama Yas dan meminta mana-mana wanita berhenti menghantar mesej di laman sosial suaminya.



Zarina dan Yas bernikah pada 17 Julai tahun lalu.

Menerusi laporan mStar pada 10 Februari lalu, Zarina memuat naik video dia hadir ke Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan bagi menyelesaikan urusan penceraian mereka.

Zarina mendirikan rumah tangga dengan Eilyas pada 17 Julai tahun lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan selepas empat tahun bergelar ibu tunggal.

Sebelum ini, dia pernah mendirikan rumah tangga dengan jejaka berasal dari Brunei pada tahun 2015 dan bercerai pada Disember 2016.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Awangku Gabriel Martin Ezra.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain