PELAKON Zul Ariffin tampil menafikan dakwaan dia menjadi punca atau orang ketiga penyebab hubungan aktres Intan Najuwa dengan ahli perniagaan bernama Razrul Anwar Rusli berakhir. Menurut Zul, dia tidak mengetahui mengenai status hubungan Intan sebagai tunangan orang dan menegaskan namanya hanya dikaitkan dengan aktres tersebut sebelum ini disebabkan drama lakonan mereka berjudul Setelah Ku Dimiliki (2019). ARTIKEL BERKAITAN: Apa ni? Sekejap okay, tiba-tiba putus pula? Intan Najuwa dedah bukan lagi tunangan orang... Zul Ariffin terpalit kononnya jadi punca Bagaimanapun pemilik nama Zulkifli Ariffin ini memberitahu dia sudah lali apabila dikaitkan dengan pelakon wanita yang bergandingan dengannya dalam drama atau filem. “Bukan saya tak ada kerja lain nak jadi punca perpisahan Intan dan bekas tunang dia. Lagipun sebelum ini, isu melibatkan kami berdua disebabkan drama gandingan kami dan saya pun tak baca mengenai cerita dia dah putus. Intan mengesahkan dia dan Razrul sudah lama berpisah. “Saya tak tahu pun (Intan putus tunang)... saya tahu ini pun sebab orang cakap. Tapi apa nak buat, saya memang dah selalu dikaitkan dengan macam-macam benda. “Jadi saya dah tak kisah pun sebab ini bukan kali pertama nama saya dikaitkan... jadi suka hati la, ” kata Zul kepada mStar. Zul yang berusia 35 tahun itu ditemui ketika tayangan perdana filem Penunggang Agama di MMCineplexes, ECurve, Petaling Jaya pada Isnin. Saya dah tak kisah pun sebab ini bukan kali pertama nama saya dikaitkan... jadi suka hati la! ZUL ARIFFIN PELAKON Terdahulu, Intan mengesahkan hubungan dia dengan bekas tunangnya sudah berakhir dengan menjawab soalan netizen menerusi ‘Ask Me Question’ di Instastory pada Isnin. Malah pada Isnin, mStar menerima kiriman emel yang mendakwa pelakon berusia 24 tahun itu meninggalkan bekas tunangnya disebabkan Zul Ariffin. Pada Februari 2020, pelakon yang popular menerusi drama Kekasih Paksa Rela itu dilaporkan sudah berpisah dengan Razrul. Pada Isnin, mStar menerima kiriman emel mendakwa Intan berpisah dengan Razrul disebabkan Zul. Bagaimanapun beberapa bulan kemudian iaitu sekitar Jun 2020, status mereka menjadi tanda tanya semula apabila Intan berkongsi foto yang memperlihatkan separuh badan seorang lelaki dipercayai ahli perniagaan tersebut. Intan kemudian tampil mengakui lelaki dalam foto tersebut adalah Razrul dan memberitahu hubungan mereka masih baik biarpun sudah berpisah. Intan dan Razrul mengikat tali pertunangan pada 18 Ogos 2018 di Hotel Thistle, Johor Bahru sempena ulang tahun kelahiran aktres itu yang ke-22. Bekas tunang Intan juga pernah terpalit dengan kontroversi foto mesra Intan dengan hero gandingannya iaitu Idris Khan dan Zul Ariffin. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!