suria

Risteena dan Isa Khan bukan ‘honeymoon’ di Sabah, tapi buat kerja - “Saya yakin pihak polis lebih arif”

Antara posting yang menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen di media sosial.

SUSULAN kebimbangan yang disuarakan netizen berhubung perjalanan Isa Khan ke Sabah, isterinya Nur Risteena akhirnya tampil menjelaskan perkara sebenar.

Ujar Risteena atau Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, 32, dia dan suaminya berkunjung ke negeri itu atas urusan kerja selepas mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa.

"Kami di Sabah ada urusan kerja dan telah dapatkan surat merentas untuk tujuan kerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Risteena dan Isa Khan seronok ‘honeymoon’ di Sabah, kongsi foto makan lobster... tinggal di resort terapung - “Kita memang dah boleh rentas negeri ke ni?”

"Saya yakin pihak polis lebih arif, jadi saya fikir tak perlu post tentang kerja di IG saya untuk puaskan hati semua orang," katanya menerusi posting di Instagram pada Isnin.

TONTON VIDEO RISTEENA DAN ISA DI SABAH!



Sebahagian rakaman yang dikongsikan Isa dan Risteena.

Terdahulu mStar melaporkan mengenai pertikaian orang ramai di media sosial tentang tindakan Risteena dan suaminya Isa atau nama sebenarnya Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan, 28, bercuti dan menikmati bulan madu di Semporna, Sabah.

Ia susulan tindakan pasangan itu sendiri yang kerap memuat memuat naik foto dan video aktiviti percutian mereka di sana selain tulisan 'honeymoon' pada posting mereka.

Sehubungan itu netizen cuba mengaitkan insiden membabitkan Instafamous dan suaminya memberi keterangan palsu berhubung alasan bagi mendapatkan kebenaran merentas negeri.

Saya hanya share apa yang saya nak share saja di IG.

NUR RISTEENA

PELAKON

Hasil siasatan polis akhirnya membuka kertas siasatan terhadap pasangan suami isteri Instafamous berkenaan yang merentas negeri untuk tujuan bulan madu mengikut Seksyen 22(d) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Sebelum ini kerajaan memberi kebenaran bagi aktiviti pelancongan rentas antara negeri di bawah Perintah Kawalan

Pergerakan Pemulihan (PKPP) menerusi program Gelembung Pelancongan Bersasar.

Bagaimanapun Selangor dan Kuala Lumpur termasuk antara enam negeri yang masih berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 31 Mac ini.



Pada posting ini jelas kelihatan tulisan 'honeymoon' bersama ikon kapal terbang.

Selain itu menerusi posting yang sama Risteena berharap semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi tidak berasas.

"Saya hanya share apa yang saya nak share saja di IG.

"Harap semua tidak membuat spekulasi yang tidak betul," katanya.

Isa dan Risteena bernikah pada 12 Mac lalu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain