suria

“Berani buat berani tanggung!” - Rupa-rupanya dari awal Chef Wan dah ‘warning’ suami Serina cakap jujur tentang status perkahwinan

Chef Wan berharap menantunya, Aidid bersikap jujur supaya tidak menimbulkan prasangka buruk.

PENGAKUAN suami kepada Serina Redzuawan, Meor Mohammad Aidid Meor Jamaluddin mengenai perkahwinan mereka tidak diketahui bekas isterinya mendapat perhatian bapa aktres itu iaitu Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan.

Chef Wan yang juga cef selebriti terkenal berkata, Aidid sepatutnya lebih awal berterus terang mengenai situasi sebenar agar tidak menimbulkan prasangka buruk seperti yang sedang berlaku sekarang.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Serina sudah lama tawar hati dengan bekas isteri, dakwa perasaan dan kebajikan diri terabai berbulan-bulan

ARTIKEL BERKAITAN: Polis siasat suami Serina dakwaan kahwin kali kedua tanpa kebenaran

"Akhirnya bekas suami buka mulut beritahu kebenaran. Sebab itu dari awal saya dah nasihat jangan bermain api depan-depan dia di rumah saya.



Chef Wan berkongsi paparan skrin artikel mStar pada Isnin.

"Saya akan tahu semua ini secepat yang anda fikirkan. Saya lihat wajah dia dan berkata 'tolong jangan tipu saya jika anda sudah bercerai atau tidak dengan isteri pertama'.

"Kalau anda tidak gembira dan tiba masa untuk teruskan hidup, saya faham tapi saya tidak mahu terlalu fikirkan masa lalu anda sebab ia bukan urusan saya untuk buat andaian atau bersangka buruk seperti orang di luar sedang lakukan," tulisnya di Instagram pada Selasa.

Chef Wan turut memuat naik paparan skrin artikel mStar pada Isnin berhubung pengakuan Aidid mengenai status sebenarnya ketika berkahwin dengan Serina.

Menerusi artikel tersebut, Aidid mengaku berkahwin dengan aktres tersebut ketika masih bergelar suami orang, namun menafikan dakwaan bahawa Serina menjadi punca perceraiannya dengan bekas isteri pertama Nur Hamizah Shaffee, 34.

Sangat menarik bila terlalu ramai orang bodoh yang hanya pandai berkata-kata.

CHEF WAN

CEF SELEBRITI

Sebaliknya, kata Aidid hubungan perkahwinan yang dibina dengan wanita itu sudah lama retak menunggu belah dan dia juga sudah tawar hati dengan bekas isterinya itu.

Dalam pada itu, cef terkenal berusia 63 tahun ini berharap apa yang terjadi kepada keluarganya itu dapat memberi pengajaran kepada orang ramai.

"Itu sebab Allah suruh jadi bapa dan ibu kena bertanggungjawab fasal anak kita. Biarpun buat silap tetap kita mengaku silap! Pengajaran untuk semua! Tidak perlu sikit-sikit aibkan keluarga bapa mereka la.



Hamizah (kiri) sempat bermadu dengan Serina sebelum diceraikan oleh Aidid pada 9 Mac lalu.

"Sedangkan saya la mangsanya di sini dimakikan orang. Ya, saya cakap memang kasar! Untuk orang yang layak menerimanya. Berani buat berani tanggunglah. Biarlah berlaku jujur dan jika salah mohon sahaja maaf.

"Sangat menarik bila terlalu ramai orang bodoh yang hanya pandai berkata-kata. Tak kena batang hidung anak masing-masing senanglah cakap!

"Padahal berapa kali kita dengar cerita yang sama berulang kali mengenai lelaki yang nak kahwin isteri kedua atau ketiga pun sama cerita atau penipuan yang lebih kurang sama pada akhirnya memalukan kita sebagai ibu bapa," katanya.



Foto ketika Chef Wan bertemu dengan suami Serina, Aidid.

Pada Jumaat lalu, Serina menerusi laman Instagram miliknya mendedahkan dia sudah bernikah dengan Aidid namun pengumuman tersebut mengejutkan bapanya, Chef Wan yang tidak mengetahui perkara.

Kemudian, seorang wanita bernama Nur Hamizah muncul membuat pendedahan secara eksklusif kepada mStar pada Ahad lalu mengatakan dia diceraikan pada 9 Mac lalu dan Aidid masih bergelar suaminya yang sah ketika berkahwin dengan Serina.

Susulan itu, pada Isnin, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata polis sudah membuka kertas siasatan yang diserahkan kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Perlis berikutan Aidid sudah bertukar ke Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Perlis.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain