suria

Berjoget sakan buat MV lagu raya, rupa-rupanya Aliff Shukri ceroboh rumah A. Aida! - “Pekerja saya kata dia panjat untuk pergi ke beranda”

Aida dimaklumkan oleh pekerjanya yang Aliff memanjat rumahnya untuk berada di beranda tersebut.

PENERBIT drama, Datuk A. Aida terkejut tatkala menonton sebuah muzik video (MV) hari raya dengan aksi seorang usahawan kosmetik berjoget riang dengan menggunakan lokasi dikenali.

Selepas diamati betul-betul, sah, itu rumah persinggahan A. Aida iaitu Tuah D'Manggis di Janda Baik, Pahang yang digunakan oleh Datuk Seri Aliff Syukri untuk penggambaran MV lagu berjudul Lala Raya tanpa izinnya.

Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 51, mendakwa ahli perniagaan itu menceroboh dan melakukan penggambaran di beranda dan belakang kediaman tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak perlu takut, mati bila-bila masa bukan sebab vaksin” - A Aida masih OK selepas beberapa jam divaksin

"Tadi pengurus saya call... dia tanya tahu tak yang Aliff guna rumah saya di Janda Baik itu untuk MV lagu raya dia. Memang saya terkejut la apabila tengok MV itu, sebab saya tak tahu apa-apa.

Aliff dan beberapa penyanyi serta penari latar merakam MV tersebut di belakang rumah percutian milik A. Aida.

"Saya tanya pekerja saya macam mana Aliff boleh masuk rumah itu dan siapa benarkan dia masuk. Kata pekerja saya, Aliff memang beritahu nak datang untuk tengok tempat.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Ketika itu tak ada siapa dekat situ... malah pekerja saya kata, Aliff panjat untuk pergi ke beranda rumah saya tu. Itu dah kira menceroboh! Aliff menggunakan rumah itu tanpa pengetahuan dan izin saya," katanya kepada mStar.

Yang saya sakit hati, dia langsung tak ada hubungi saya.

A. AIDA

PENERBIT

Hasil pemeriksaan mStar pada MV lagu nyanyian Aliff yang dilancarkan di YouTube pada Isnin itu jelas menunjukkan beberapa scene dia bersama beberapa penari latar berada di beranda dan belakang rumah tersebut.

Dalam pada itu, penerbit drama Andainya Takdir ini memberitahu Aliff tidak pernah menghubunginya untuk meminta izin sedangkan mereka saling mengenali antara satu sama lain.

Jelas Aida, dia sememangnya tidak membenarkan sebarang rakaman atau penggambaran di rumah percutiannya itu kerana ia eksklusif untuk produksi miliknya iaitu A. Aida Production sahaja.

A.Aida mahu Aliff Syukri beri penjelasan.

"Yang saya sakit hati, dia langsung tak hubungi saya... bukannya dia tak kenal saya dan dia tahu itu rumah saya! Dah la tak minta izin, tak ada langsung letak kredit penghargaan nama resort saya itu.

"Saya memang tak beri mana-mana produksi jalani penggambaran di rumah itu sebab memang eksklusif untuk produksi saya sahaja. Saya mahu jadikan tempat itu eksklusif.

"Sebelum ini, ada beberapa produksi minta izin nak guna rumah itu tapi saya tak benarkan. Tapi dia boleh senang-senang ceroboh! Saya nak Aliff beri penjelasan mengenai perkara ini," ujarnya.

Sementara usaha mStar untuk mendapatkan penjelasan di pihak Aliff masih belum berhasil apabila dia mahupun pembantunya tidak menjawab panggilan atau mesej.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain