suria

Mengaku pernah ‘reject’ Sharifah Rose, Shahrulezad minta contohi Fattah Amin - “Kadang-kadang yang kayu itu akan jadi hebat satu hari nanti”

Sharulezad percaya bakat lakonan Sharifah Rose akan dapat digilap lagi.

LAKONAN pertama Instafamous Sharifah Rose menerusi drama Kekasih Hati Mr Bodyguard yang ditayangkan di slot Lestary TV3 menerima kritikan netizen dengan menggelarkannya sebagai ‘kayu’.

Terpanggil berkongsi pendapat, pengarah terkenal Shahrulezad Mohameddin meminta netizen memberi peluang kepada selebriti Instagram itu untuk memperbaiki lakonannya dari semasa ke samasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Sharifah Rose hubungi Izara Aishah jelaskan salah faham - “Tiada isu antara kami... you guys fired things up more than it is!”

“Kadang-kadang artis yang kita kata kayu ni lah akan menjadi artis yang hebat suatu hari nanti.

“Fattah Amin pernah kena reject masa casting dengan Radiusone suatu ketika dulu tau. Tapi berkat kesungguhan dan rezeki dia, dia sekarang semakin bagus. Dia telah membuktikan tanggapan saya padanya salah.

“Sharifah Rose ni pun abang tengok ada potensi untuk berjaya sekiranya dia bersungguh-sungguh. Abang pun pernah reject dia dulu.

Shahrulezad back up Sharifah Rose.

And I hope she will prove me wrong too asalkan dia ikhlas dengan minat dia dan jauhi kontroversi yang merepek-repek, ” ujarnya.

Sharifah Rose bergandingan dengan Redza Rosli dalam drama Kekasih Hati Mr Bodyguard yang disiarkan di slot Lestary, setiap Rabu hingga Sabtu pukul 9 malam di TV3.

“Fattah Amin pernah kena reject masa casting dengan Radiusone suatu ketika dulu tau. Tapi berkat kesungguhan dan rezeki dia, dia sekarang semakin bagus.

SHAHRULEZAD MOHAMEDDIN

PENGARAH

Sementara itu, pengarah dan penerbit drama Nur ini menasihatkan bakat baru agar tidak mudah putus asa walaupun ditolak beberapa kali ketika sesi ujibakat.

Katanya, ramai pelakon yang sudah membuktikan keupayaan mereka dan diterima untuk berlakon dalam drama terbitannya selepas beberapa tahun memperbaiki mutu lakonan mereka.

Antara kritikan netizen terhadap lakonan Sharifah Rose.

So untuk bakat baru yang pernah abang reject masa casting session di Radiusone dulu korang sebenarnya tidaklah seteruk mana cuma mungkin masa tu bukan rezeki korang.

“Elvina Mohamad dulu pun pernah kena reject dalam projek Baby Ana Milik Siapa (BAMS) terbitan Radiusone sebelum ni. Dia kena reject masa casting sebab nervous sejenis tak masuk akal sampai nak lari daripada casting session sebab give up dan gelabah berdepan dengan abam yang dia kata garang ni.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Elvina akhirnya terselit jugak berlakon dalam drama BAMS tu sebagai extra berdialog. Tetap jugak gelabah tak tahu hujung pangkal bila setiap kali aku kata action.

“Lepas projek tu dia ada berlakon sana sini sikit. Beberapa tahun kemudian abang panggil dia sekali lagi dalam Takdir Yang Tertulis - BAMMM!!!! She really nailed it.

“Daripada budak baru yang gelabah depan aku ni tetiba bertukar menjadi pelakon yang cantik, professional serta skillful, ” ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain