suria

Sambut raya bersama, Neelofa sekali lagi disiasat polis

Neelofa dan ahli keluarganya sekali lagi akan dipanggil beri keterangan.

VIDEO tular menyambut hari raya bersama lebih 10 ahli keluarganya, selebriti popular Neelofa sekali lagi didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri.

Neelofa bersama ahli keluarganya dipercayai melakukan kesalahan itu di kediaman selebriti tersebut di Pinggir Zaaba, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen tak puas hati keluarga Neelofa ‘happy’ dapat sambut raya bersama - “Mereka semua mari dari kayangan ke?”

Ketua Polis Daerah Brickfields, Anuar Omar dalam satu kenyataan berkata, kes itu disiasat di bawah Peraturan 17 P.U (A) 225/2021.

“Hasil siasatan awal mendapati video tular yang berdurasi 26 saat ini dimuat naik melalui instagram kakaknya. Video tersebut memaparkan ahli keluarga selebriti itu berkumpul di sebuah rumah semasa sambutan 1 Syawal.

"Video ini dikongsi netizen melalui laman sosial Twitter. Kes masih dalam tindakan penyiasatan polis,” katanya.



Antara sedutan dalam video tersebut.

Pada Isnin, mStar melaporkan bekas pengacara MeleTOP itu sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila didakwa melanggar SOP Aidilfitri dengan menyambut hari raya bersama ahli keluarganya.

Ia bermula apabila kakaknya Noor Nabila memuat naik video berdurasi 26 saat pada 1 Syawal, Khamis lalu.

Video tersebut memaparkan ahli keluarga selebriti itu berkumpul di sebuah rumah semasa sambutan 1 Syawal.

ANUAR OMAR

KETUA POLIS DAERAH BRICKFIELDS

Video itu kemudian dipadam selepas 10 minit dimuat naik, bagaimanapun sempat dirakam semula oleh netizen dan disebarkan di laman Twitter sejak pagi Isnin.

Selain Neelofa, turut kelihatan dalam video berkenaan adalah Nabila dan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin serta anaknya, Engku Aleesya, ibu Neelofa, Noor Kartini Noor Mohamed dan suaminya, Abdul Halim Khan Lall Khan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sebelum ini, Neelofa, 32, dan ahli keluarganya dikompaun dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM60,000 atas alasan kegagalan mematuhi SOP penganjuran majlis sosial serta melanggar kebenaran rentas negeri.

Bukan itu sahaja, Neeofa dan Haris juga sedang disiasat berhubung dakwaan melanggar SOP Covid-19 dengan merentas negeri untuk membeli karpet di Nilai 3, Negeri Sembilan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain