suria

Mawar Rashid bukan nak bela Neelofa cuma akui cepat simpati - “Maaf semua... bila cakap fasal penjara, bunyi itu menakutkan”

Komen Mawar terhadap isu pelanggaran SOP oleh Neelofa telah disalah anggap netizen.

NAMA pelakon Mawar Rashid tidak semena-mena menjadi bualan hangat netizen apabila dia dikatakan membela pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa Mohd Noor di atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Enggan terus membiarkan diri disalah anggap, Mawar atau nama sebenarnya, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid tampil memohon maaf atas kenyataannya yang mengelirukan.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Neelofa, PU Riz mengaku tidak bersalah kes beli karpet di Nilai 3

Menurut Mawar, dia menghormati undang-undang negara dan baginya yang mana salah tetap salah.

"Bertenang semua... ada salah faham ni. Saya pun salah tak tulis betul-betul dan ayat pun tak penuh sampai buat semua orang marah dan serang Mawar. Minta maaf semua.

"Baca balik kenyataan saya, 'harap dapat diselesaikan dengan cara baik'. Maksud saya di sini, kalau kena kompaun atau denda lagi, memang patut kena bayar.

Perkongsian Mawar di Instagram.

"Kalau mahkamah dah putuskan kena penjara, saya hormat keputusan mahkamah... cuma bila bercakap pasal penjara, bunyi itu menakutkan. Saya pun turut rasa takutlah sebab sejenis mudah kesian pada orang," katanya.

Netizen sebelum ini mengecam komen yang ditinggalkan Mawar menerusi ruang komen Instagram @mstaronlineofficial mengenai kes melibatkan pelanggaran SOP Neelofa dan suaminya, PU Riz.

Pelakon berusia 26 tahun itu berkata, dia simpati sekiranya Neelofa dipenjarakan kerana kesalahan itu dan mengaitkan usahawan berkenaan dengan kerja kebajikan yang banyak berjuang untuk Palestin.

Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan komen Mawar itu yang disifatkan tidak saling berkaitan dengan kesalahan dilakukan Neelofa.

Kalau mahkamah dah putuskan kena penjara, saya hormat keputusan mahkamah... cuma bila bercakap pasal penjara, bunyi itu menakutkan.

MAWAR RASHID

PELAKON

"Saya tidak bermaksud pun cakap sebab dia berjuang fasal Palestin tu, dia boleh langgar SOP... yang salah tetap salah. Saya hormat apa sahaja keputusan mahkamah untuk yang bersalah.

"Saya minta maaf sebab (beri) kenyataan yang tidak jelas.

"Saya kesian dan simpati kepada fronliner, rakyat dan semua yang terlibat dalam Covid-19 ni. Lagi-lagi hari ini (semalam) dah hampir 7,000 orang (kes harian) positif dalam Malaysia," ujarnya.

Neelofa dan PU Riz mengaku tidak bersalah langgar SOP. Foto: Bernama

Terdahulu, Neelofa dan suami mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melanggar SOP PKPB pada Khamis.

Sebutan semula kes pasangan selebriti itu ditetapkan pada 4 Jun depan.

Pada Khamis, menerusi prosiding di Mahkamah Majistret Seremban Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 32, dan Haris atau Pencetus Ummah (PU) Riz, 26, mengakui tidak bersalah bagi semua pertuduhan terhadap mereka.

Majistret Mahyun Yusof membenarkan Neelofa dikenakan jaminan sebanyak RM5,000 bagi satu pertuduhan iaitu gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk ‘check in’ di dalam premis atau menulis secara manual.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sementara itu Riz pula dikenakan jaminan sebanyak RM10,000 atas dua pertuduhan iaitu gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera dan tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Dia sebelum ini dikenakan kompaun berjumlah RM60,000 kerana gagal mengamalkan penjarakan fizikal ketika majlis perkahwinannya dan merentas negeri ke Langkawi selepas majlis pernikahan mereka.

Bagi dakwaan melanggar SOP sambutan Aidilfitri lalu, Neelofa dan sembilan lagi anggota keluarganya sudah memberi keterangan Ibu Pejabat Polis Brickelds, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain