suria

[VIDEO] Apa jadi isu rentas negeri? Netizen pelik Neelofa dan PU Riz hanya dituduh lupa ‘scan’ MySejahtera, tak pakai ‘face mask’

OCPD Nilai menjelaskan kebimbangan orang ramai mengenai pertuduhan terhadap Neelofa dan PU Riz.

RAMAI mempersoalkan mengapa selebriti Neelofa dan suaminya, Haris Ismail hanya berdepan dua pertuduhan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Masyarakat tertanya-tanya apa terjadi dengan siasatan terhadap isu utama iaitu pergerakan rentas negeri ke Nilai di Negeri Sembilan berhubung dakwaan untuk membeli karpet pada 2 Mei lalu.

Menjelaskan mengenai isu berkenaan, Ketua Polis Daerah Nilai, Superitenden Mohd Fazley Ab Rahman berkata pihaknya sememangnya menjalankan siasatan terperinci berhubung kes rentas negeri.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Neelofa, PU Riz mengaku tidak bersalah kes beli karpet di Nilai 3

ARTIKEL BERKAITAN: Azwan Ali suruh Neelofa muhasabah diri! Jangan melampau sangat tayang langgar SOP

Bagaimanapun ujarnya, pihak Pejabat Peguam Negara hanya bersetuju agar pertuduhan dibuat bagi isu imbasan aplikasi MySejahtera dan tidak memakai pelitup muka.



Antara komen netizen yang mempersoalkan tentang pertuduhan terhadap Neelofa.

"Isu rentas negeri memang ada dalam kertas siasatan, kita dah rujuk Pejabat Peguam Negara... apa-apa keputusan (pertuduhan) dibuat oleh Peguam Negara.

"Setakat ni, itu sahaja yang kita tengok bagi keseluruhan siasatan.

"Dalam isu ini, bukti yang ada lebih dekat kepada isu MySejahtera dan pelitup muka," katanya kepada mStar pada Khamis.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Untuk rekod, menerusi prosiding pada pagi Khamis di Mahkamah Majistret Seremban Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 32, dan Haris atau Pencetus Ummah (PU) Riz, 26, mengakui tidak bersalah bagi semua pertuduhan terhadap mereka.

Isu rentas negeri memang ada dalam kertas siasatan, kita dah rujuk Pejabat Peguam Negara.

SUPERITENDEN MOHD FAZLEY AB RAHMAN

KETUA POLIS DAERAH NILAI

Majistret Mahyun Yusof membenarkan Neelofa dikenakan jaminan sebanyak RM5,000 bagi satu pertuduhan iaitu gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk ‘check in’ di dalam premis atau menulis secara manual.

Sementara itu Riz pula dikenakan jaminan sebanyak RM10,000 atas dua pertuduhan iaitu gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera dan tidak memakai pelitup muka di tempat awam.



Neelofa dan PU Riz ketika hadir di Kompleks Mahkamah Seremban pada Khamis.

Dalam pada itu peguambela bagi pasangan itu, M. Haresh berkata, beliau juga tidak mempunyai maklumat mengenai dakwaan rentas negeri terhadap Neelofa dan Riz.

"Berkenaan rentas negeri, itu kami tidak tahu. Isu rentas negeri tidak dibangkitkan hari ini di mahkamah.

"Sama ada akan ada pertuduhan mengenainya juga tidak diketahui, tidak dimaklumkan apa-apa," katanya.

Pada 4 Mei lalu, Neelofa dan Muhammad Haris dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai bagi memberi keterangan selama empat jam berkaitan penularan gambar dan video mereka berada di sebuah premis menjual karpet di Pusat Perniagaan Nilai 3 pada 2 Mei 2021.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain