suria

[VIDEO] Neelofa, PU Riz mengaku tidak bersalah kes beli karpet di Nilai 3

PASANGAN selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya Muhammad Haris Mohd Ismail mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pertuduhan ke atas kedua-dua mereka dibuat di Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan pada pagi Khamis.

Neelofa dikenakan jaminan sebanyak RM5,000 atas satu pertuduhan iaitu gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk ‘check in’.

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa, PU Riz didakwa esok kes beli karpet di Nilai 3

Pihak pendakwaan memohon mahkamah mengenakan jaminan RM20,000, namun peguamnya Haresh Mahadevan memohon jumlah yang lebih rendah.

Manakala Haris atau Pencetus Ummah (PU) Riz pula dikenakan jaminan sebanyak RM10,000 atas dua pertuduhan iaitu gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk ‘check in’ atau menulis secara manual serta tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sebutan semula kes ditetapkan pada 4 Jun depan.



Tindakan Neelofa dan suami rentas negeri membeli karpet undang rasa kurang senang netizen.

Kedua-dua mereka dituduh di bawah Peraturan 19, Peratutan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.



Neelofa dan Haris tiba di Mahkamah Majistret Seremban pada pagi Khamis.

Pasangan ini dilihat meninggalkan kompleks mahkamah kira-kira pukul 10.10 pagi selepas membayar wang jaminan.

Pada 4 Mei lalu, Neelofa dan Haris dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai bagi memberi keterangan selama empat jam berkaitan penularan gambar dan video mereka berada di sebuah premis menjual permaidani di Pusat Perniagaan Nilai 3 pada 2 Mei lalu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain