suria

[VIDEO] Lebih 20,000 tandatangan petisyen mahu Neelofa dijel - “Kesalahan dilakukan tanpa serik”

Netizen bersatu hati mahu Neelofa dipenjarakan kerana kerap melanggar SOP.

SATU petisyen yang menggesa selebriti sensasi Neelofa menerima hukuman setimpal atas kesalahan berulang kali melanggar prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditandatangani lebih 20,000 individu.

Tindakan selebriti itu kebelakangan ini menimbulkan kemarahan ramai sehingga netizen bersatu hati menyokong petisyen bertajuk Langgar SOP: PDRM, Penjarakan Neelofa Segera.

Petisyen di laman web change.org diwujudkan seorang individu menggunakan nama Hentikan Double Standard itu turut menyenaraikan beberapa kesalahan yang dilakukan isteri kepada pendakwah bebas Haris Ismail atau PU Riz.

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa, PU Riz mengaku tidak bersalah kes beli karpet di Nilai 3

Dia juga menuntut tindakan wajar dikenakan kepada selebriti berusia 32 tahun itu.

TONTON VIDEO KENYATAAN AZWAN ALI TERHADAP NEELOFA!

Azwan Ali antara rakan selebriti yang lantang mengkritik Neelofa.

"Neelofa adalah seorang selebriti yang banyak kali melanggar SOP dan menidakkan undang-undang dalam usaha negara menangani pandemik Covid-19.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Kesalahan dilakukan tanpa serik menyebabkan wujudnya undang-undang yang double standard (pilih kasih) dikenakan terhadapnya," tulis individu berkenaan pada petisyen itu.

Antara kesalahan yang disenaraikan dalam petisyen itu adalah majlis perkahwinannya pada Mac; rentas negeri ke Langkawi, Kedah; rentas negeri ke Nilai 3, Negeri Sembilan dan terbaharu video sambutan Aidilfitri bersama ahli keluarga pada 1 Syawal lalu.

Pada pagi Khamis, Neelofa dan Haris mengaku tidak bersalah langgar SOP beli karpet di Nilai, Negeri Sembilan. -Foto BERNAMA

Pada pagi Khamis, Neelofa dan Riz didakwa di Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan atas tuduhan pelanggaran SOP selepas merentas negeri bagi membeli karpet di sebuah kedai di Nilai 3.

Dia sebelum ini dikenakan kompaun berjumlah RM60,000 kerana gagal mengamalkan penjarakan fizikal ketika majlis perkahwinannya dan merentas negeri ke Langkawi selepas majlis pernikahan mereka.

Bagi dakwaan melanggar SOP sambutan Aidilfitri lalu, Neelofa dan sembilan lagi anggota keluarganya sudah memberi keterangan Ibu Pejabat Polis Brickfields, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain