suria

Neelofa, PU Riz didakwa esok kes beli karpet di Nilai 3

Selain isu rentas negeri ke Nilai 3, Neelofa dan PU Riz juga pernah dikenakan kompaun atas beberapa kesalahan lain sebelum ini.

SELEPAS kecoh kerana merentas negeri untuk membeli karpet di Nilai 3, Negeri Sembilan pada Ramadan lalu, selebriti Neelofa akan didakwa di Mahkamah Majistret Dua, Kompleks Mahkamah Seremban pada pukul 9 pagi Khamis.

Menurut sumber, suaminya yang juga pendakwah selebriti, Haris Ismail atau Pencetus Ummah (PU) Riz turut akan didakwa bagi kesalahan melanggar prosuder operasi standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Sambut raya bersama, Neelofa dan ahli keluarga 2 jam beri keterangan kepada polis

Kedua-dua pasangan itu sebelum ini disiasat mengikut Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit (Langkah-Langkah Di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan kawalan Pergerakan Bersyarat (No4) 2021.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Nilai, Superitenden Mohd Fazley Ab Rahman berkata hasil siasatan Riz bakal dituduh bagi dua kesalahan iaitu gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual sebelum masuk ke premis.

"Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh kerana tidak memakai pelitup muka di tempat awam sebagaimana yang ditetapkan SOP PKPB.

Perkongsian Neelofa di Instagram hingga mencetuskan kemarahan netizen.

"Neelofa juga dituduh kerana gagal gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual.

"Kedua-dua penama akan dituduh di Mahkamah Seremban, Negeri Sembilan," katanya pada Rabu.

Neelofa juga dituduh kerana gagal gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual.

Superitenden Mohd Fazley Ab Rahman

Ketua Polis Daerah Nilai

Ujar Mohd Fazley hukuman bagi setiap kesalahan ialah denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali jika disabitkan bersalah.

Pada 4 Mei lalu, Neelofa, 32, dan Riz, 26, hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai berkaitan penularan gambar dan video mereka berada di premis menjual permaidani di Pusat Perniagaan Nilai 3 pada 2 Mei lalu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain