SUSULAN dituduh menjadi punca hubungan cinta 11 tahun aktor Syazuwan Hassan dengan bekas kekasih, pelakon Wafariena tampil mempertahankan dirinya. Wafariena atau nama sebenarnya Wafariena Roslan menegaskan dia tidak mempunyai kaitan dengan hubungan pasangan tersebut seperti yang didakwa bekas kekasih aktor itu. ARTIKEL BERKAITAN: Wafariena akui pernah digoda suami orang, perangai sebenar jauh berbeza dengan 'Nurul Ain' - “Nak rampas suami orang itu, memang tidak!” Menurut pelakon berusia 26 tahun ini, tuduhan wanita itu juga tidak berasas memandangkan dia dan Syazuwan hanya rakan industri yang pernah bekerjasama dalam drama Baby Tak Gila. Tuduhan wanita itu terhadap Wafariena. "Saya tak ada kena mengena dengan hubungan mereka... saya dan Syazuwan hanya kawan satu industri sahaja. Saya tak tahu kenapa dia nak libatkan nama saya. Tujuan saya menjelaskan perkara ini sebab nak bersihkan nama saya. "Kalau betul saya bercinta dengan Syazuwan... mana bukti? Jangan main tuduh dan terus menilai saya tanpa mengenali siapa saya. Saya bukan hanya berkawan dengan Syazuwan seorang. "Saya ada lagi beberapa kawan lelaki dalam industri. Takkan disebabkan saya berlakon bersama Syazuwan ketika hubungan mereka tengah bermasalah, dia terus tuduh saya menjadi punca," kata Wafariena ketika dihubungi mStar. Wafariena diminta mengulas mengenai tuduhan wanita dikenali sebagai Adora yang mendakwa aktres itu menjadi punca hubungan cinta dia dengan Syazuwan berakhir. Dia tak kenal pun siapa saya tapi dah terus melabelkan saya sebegitu. WAFARIENA PELAKON Dakwa wanita tersebut lagi, kisah sebenar hubungan antara Syazuwan dengan pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 2 itu hanya diketahui lima bulan selepas mereka berpisah. Selain tuduhan tersebut, wanita itu juga melabelkan Wafariena sebagai seorang perempuan murahan dan rempit yang tidak setanding dengan dirinya. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Dalam pada itu, Wafariena mengakui dia agak terkilan dengan gelaran yang wanita itu lemparkan kepadanya memandangkan mereka tidak pernah mengenali satu sama lain. Biarpun, Wafariena mengambil perkara itu secara positif namun dia bakal mengambil tindakan undang-undang sekiranya wanita tersebut memuat naik lagi kenyataan yang melampaui batas. Wafariena akan ambil tindakan undang-undang sekiranya wanita itu memuat naik status lagi mengaitkan dia. "Saya memang agak terkilan dengan tuduhan yang dilemparkan kepada saya terutama perkataan sund** dan rempit. Dia tak kenal pun siapa saya tapi dah terus melabelkan saya sebegitu. "Bila saya tunjuk ibu saya status tersebut, dia pun agak sedih sebab dia sendiri tak benarkan saya ambil lesen motosikal dan tak ada pun motosikal... tiba-tiba nak labelkan saya sebagai rempit. "Buat masa sekarang ini, saya positif sahaja walaupun ada yang kecam saya sehingga melibatkan karekter Nurul Ain dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2 itu dengan diri saya sama sebagai perampas. "Tapi jika dia ada muat naik kenyataan yang melampau selepas ini, saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang," ujarnya. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! TONTON VIDEO PILIHAN!