GARA-GARA memuat naik gambar air rebusan herba seperti bunga lawang dan serai di Instagram Story, pelakon Rita Rudaini dituduh sebagai seorang yang anti vaksin. Lebih mengundang kemarahan apabila tuduhan itu didakwa dibuat pengacara Fara Hanim Razak menerusi satu ciapan di Twitter. ARTIKEL BERKENAAN: “Bayar sikit tapi nak kita all out!” - Ada sebab artis liat promosi drama, Rita Rudaini minta penerbit tak cari salah Ujar Rita, 45, perbuatan menuduh tanpa usul periksa itu jelas menunjukkan sikap tidak matang pengacara berkenaan. Rita memuat naik twit yang dibuat oleh pengacara tersebut di akaun Instagram miliknya. "Beginikah sikap seorang muslimah... orang Muslim? Datang la jumpa depan-depan, bukan tak pernah sembang. "Saya lagi lama duduk di kawasan ni berjiran dengan Schawal (Scha Alyahya dan Awal Ashaari), Lufya... tak pernah pula jumpa jiran macam ni," katanya menerusi Instagram. Isu ini tercetus selepas Fara Hanim menulis di Twitter memberitahu perihal jirannya yang didakwa anti vaksin. Nampak sangat tak bijak, fasal vaksin pun nak pandang serong dekat orang. RITA RUDAINI PELAKON Walaupun tanpa menyebut nama secara jelas, namun banyak pihak membuat andaian bahawa individu dimaksudkan ialah Rita. "Cuba teka siapa jiran-jiran saya yang anti vaksin? Dua pelakon mula dengan RR dan LL. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Selalu sebar dakyah rebus bunga cengkih untuk elak Covid-19 serta Covid iluminati... Allahu," demikian tulis Fara Hanim. Usaha mStar menghubungi Rita bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai dakwaan anti vaksi bagaimanapun tidak berhasil apabila mesej dan panggilan telefon tidak dijawab. Rita berkata dia tidak pernah menyatakan pendirian mengenai vaksin. Namun menerusi tulisan Rita, dia menegaskan tidak pernah memberitahu tentang pendiriannya mengenai vaksin. "Tak pernah pun tulis yang saya ni anti vaksin. "Nampak sangat tak bijak, fasal vaksin pun nak pandang serong dekat orang. "Orang macam ni tak boleh buat jiran, suka cakap belakang. Depan bukan main manis mulut... belakang busuk jugak ye," ujarnya. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!