SELEPAS penyanyi Datuk Nora Ariffin didakwa berkahwin dengan seorang Menteri Kabinet, kali ini bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Mawar Karim pula dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan pemimpin politik daripada PAS. Gosip itu menjadi perbualan hangat netizen selepas tular maklumat menerusi aplikasi WhatsApp mendakwa usahawan berusia 32 tahun itu berada dalam sebuah kenderaan bersama Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali. Dalam hantaran yang dikongsi netizen di media sosial, Ahli Parlimen Kuala Nerus itu dikatakan bersama seorang wanita dipercayai Mawar semasa melalui sekatan jalan raya (SJR) Perasing di Kemaman, Terengganu pada 16 Mei lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Mawar Karim dituduh cemburu kerana larang bakal isteri Fizo Omar gelar diri mummy atau mama pada anak - “Saya masih waras... tak perlu iri hati” Bagaimanapun, sehingga kini kedua-dua pihak masih mengunci mulut dan tidak mengeluarkan sebarang penafian mengenai dakwaan tersebut. Malah usaha mStar mendapatkan penjelasan Mawar juga tidak berhasil apabila dia tidak membalas pertanyaan menerusi Instagram. Mawar jawab salah satu komen yang ditinggalkan pengikut berhubung isu ini di laman Instagram. Namun, Mawar menerusi ruangan komen di Instagram berkata dia enggan melayan dakwaan tersebut dan mengakui hanya berada di Kuala Lumpur. "Adoi... letih nak baca, baik cari nasi kandar perut pun kenyang. Macam-macam cerita keluar. "Saya dekat Kuala Lumpur saja. Ayoo lepas ni siapa pula nak create (isu)," jawabnya pada salah satu komen pengikut yang mahu mengetahui mengenai khabar angin itu. Saya dekat Kuala Lumpur saja. Ayoo lepas ni siapa pula nak create (isu)! MAWAR KARIM USAHAWAN "Salam Mawar semoga sihat sejahtera. Saya cikgu Amir, dok heboh di laman sosial dan mungkin fitnah. "Hang tu tak tau la, mula dengan Annuar Musa (isu Nora) la ni kononnya dengan At Takiri (Khairuddin)," tanya individu berkenaan. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Rata-rata netizen yang lain juga meninggalkan komen dengan hasrat sama untuk mendapatkan penjelasan daripada Mawar berhubung isu berkenaan. "Kenapa Mawar? Saya rasa awak perlu jelaskan, berita dah kecoh di Facebook. "Saya datang dari SJR Perasing... betul ke Mawar ada kena tahan di SJR," demikian beberapa persoalan yang diajukan netizen. Mawar enggan layan fitnah dan memberitahu hanya berada di Kuala Lumpur. Sementara itu, Ketua Polis Terengganu iaitu Datuk Roslee Chik mengesahkan Mohd Khairuddin diperiksa ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) Perasing pada 16 Mei lalu. Roslee berkata siasatan lanjut kini dijalankan termasuk dakwaan dan maklumat tular melibatkan ahli politik itu. "Beliau ada diperiksa ketika melalui SJR itu pada 16 Mei lalu dan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman sedang melakukan siasatan berhubung kes ini," katanya. Siasatan penuh akan dilakukan termasuk semua mesej berangkai yang ditularkan sejak Rabu lalu bagi merungkai khabar angin dan dakwaan yang tersebar mengaitkan Mawar. Untuk rekod, Mawar yang juga merupakan anak kepada pengasas tudung terkemuka mendirikan rumah tangga dengan Fizo pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Wan Maryam yang kini berusia empat tahun. Ikatan perkahwinan selama enam tahun pasangan itu berakhir pada 10 Julai 2019. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!