suria

[VIDEO]”Kalau tak boleh berbaik... tak apa, tapi jangan bermusuh” - Che Ta sedia maafkan Diva AA walaupun sedih maruah ibu dihina

KATA-KATA kesat yang dilemparkan pengacara sensasi Azwan Ali berhubung cara pemakaian Rozita Che Wan ketika hadir menerima vaksin Covid-19 baru-baru ini menyebabkan aktres itu berang dan tercabar.

Menurut Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, 49, lebih menyebabkan dia hilang sabar apabila hinaan yang dilemparkan Azwan turut menyentuh soal ibunya.

"Saya rasa bukan saya je yang tak faham (maksud Azwan). Tapi siapa yang baca, orang akan faham (apa yang ditulis Azwan). Dia sebut ayat kurang sopan kepada mak saya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Sebagai perempuan tentu rasa terhina” - 4 jam Rozita Che Wan beri keterangan kepada polis kes dakwaan fitnah Diva AA

"Saya rasa itu yang buat saya triggered apabila dia sebut fasal mak hang tu. Mak saya.

"Selama ni dia maki (kutuk) baju anak saya. Itu tak apa la saya tak kisah. Tapi this is too much," katanya kepada mStar.

che ta 1

Che Ta bersedia untuk berbaik dan tak mahu ada musuh.

Sebelum ini mStar melaporkan kenyataan Azwan yang mendakwa Rozita tidak faham tentang kata-kata kesat yang ditulis ketika dia berkongsi foto pelakon itu.

Ujar Azwan golongan artis tidak seharusnya melenting sebaliknya perlu terbuka menerima tegurannya.

Akibat tindakan Azwan itu, kedua-dua mereka kini terlibat dalam proses undang-undang selepas pengacara berusia 55 tahun berkenaan membuat laporan polis terhadap Rozita.

Kalau dia nak berbaik, saya tiada masalah pun

ROZITA CHE WAN

PELAKON

Susulan itu Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Abu Bakar hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields kira-kira pukul 12 tengah hari Selasa ditemani suaminya yang juga pelakon, Zain Saidin dan pengurusnya, Afeeq Abdul Wahab.

Ketiga-tiga mereka diambil keterangan oleh pihak polis bagi membantu siasatan berhubung laporan polis yang dibuat Azwan Ali pada 13 Ogos lalu.

Sementara itu Che Ta berkata dia tidak bercadang untuk membuat laporan polis balas atau mengambil tindakan undang-undang terhadap Azwan berikutan enggan memanjangkan perselisihan itu.

AZWANNNS

Azwan membuat laporan polis terhadap Rozita pada Jumaat lalu.

Tambahnya, biarpun tidak boleh berbaik namun dia tidak mahu bermusuhan dengan rakan selebriti dalam industri hiburan.

"Kenapa kita nak kena ada musuh? Semua tahu sekarang dah akhir zaman. Kenapa nak buat musuh.

"Pada saya kalau tidak boleh berbaik tak apa tapi jangan ada musuh. Kalau dia nak berbaik, saya tiada masalah pun," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain