suria

“Patutlah menangis macam nak keluar biji mata” - Mila Jirin dituduh dapat habuan besar, bakal ambil tindakan kerana difitnah

Mila Jirin ambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebar fitnah.

MELAMPAU! Kenyataan dimuat naik seorang individu di laman Facebook dengan mendakwa Mila Jirin menerima sejumlah wang bantuan daripada bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yasin dianggap keterlaluan dan berunsur fitnah.

Menurut Mila atau nama sebenarnya, Norsyarmilla Jirin, 33, dia terpaksa mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan yang dianggap menjejaskan reputasinya sebagai ahli perniagaan.

"Disebabkan fitnah yang telah dilemparkan ini. Ia telah menjejaskan reputasi saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai ‘panas hati’ Mila Jirin menangis Muhyiddin nak letak jawatan, siap tuduh dibayar - “Saya mensyukuri bantuan, bukan extreme politik”

"Pihak guaman menasihati saya dan juga tindakan lanjut akan diambil kepada Encik Afiq (pengguna facebook).

“Semua komen yang berlaku di ruangan komen juga sudah diteliti,” tulisnya di Instagram.

Mila turut memuat naik paparan skrin kenyataan individu berkenaan di platform berkenaan pada Rabu.

Menerusi perkongsian itu, individu berkenaan mendakwa penyanyi lagu Persis Mutiara itu menerima RM76,000 sebulan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama dan RM38,000 sebulan pada fasa berikutnya.

“Patutlah menangis macam nak keluar biji mata, ada makna rupa-rupanya.

“PKP 1.0 dapat RM76,000 sebulan, fasa seterusnya RM38,000 sebulan.

Saya hanya mensyukuri bantuan yang diterima iaitu bantuan subsidi upah

MILA JIRIN

PENYANYI

“Untung syarikat kau Mila, orang lain duit simpanan sampai habis ditarah, terpaksa korek KWSP untuk teruskan perniagaan dan kelangsungan hidup. Akhirnya gulung tikar sebab tak tahan.

“Patutnya kau senyap-senyap jelah jangan pecahkan tembelang sendiri. Ni satu dunia tahu,” tulis individu tersebut.

Menjelaskan tentang jumlah yang dinyatakan individu berkenaan, Mila ketika dihubungi mStar mengakui dia menerima wang tersebut.

Bagaimanapun tegas Mila, peruntukan itu merupakan bayaran daripada Program Subsidi Upah (PSU) yang diperkenalkan kerajaan bagi membantu perniagaan terutama dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Ia berfungsi untuk menanggung gaji pekerja dan memperkemas aliran tunai syarikat selepas terjejas akibat pandemik Covid-19 sejak tahun lalu.

"Ini pengalaman pertama saya sebagai peniaga dapat bantuan yang cukup besar.

"Untuk pekerja mereka bantu RM1,200 seorang selama enam bulan kepada yang layak. Syarikat saya 62 orang kali dengan RM1,200 memang dalam lebih RM70,000.

"Jumlah itu memang betul tetapi apa yang saya sedih orang cakap saya terima duit haram," ujarnya.

Dalam pada itu, Mila sekali lagi menegaskan tentang bantuan yang diterima daripada kerajaan itu adalah manfaat kepada semua pekerjanya.

Katanya, bukan dia sahaja yang mendapat bantuan subsidi upah, malah ratusan ribu majikan lain turut layak menerima bantuan berkenaan.

"Saya hanya mensyukuri bantuan yang diterima iaitu bantuan subsidi upah. Ratusan ribu majikan lain juga menerima manfaat yang sama untuk menampung para pekerja.

milaaa

Mila mengusahakan perniagaan perancangan perkahwainan Bizmilla.

"Hasil bacaan saya ianya dah memanfaatkan kepada jutaan pekerja termasuklah para pekerja di Bizmilla.

"Untuk pengetahuan subsidi upah dibayar mengikut jumlah pekerja yang layak," tulisnya lagi.

Pada Ahad, Mila memuat naik video meluahkan perasaan sedihnya mendapat berita Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletak jawatan sebagai perdana menteri.

Menerusi perkongsian memperlihatkan dia menangis sebak dengan situasi politik yang tidak menentu ini, ada juga segelintir netizen yang menuduh dia dibayar untuk bertindak demikian.

Bagaimanapun Mila memberitahu, tindakannya itu tiada kaitan dengan unsur politik, malah hanya berkongsi rasa sedih dengan pengikut di Instagram.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain