PELIK! Penyanyi rap Caprice hairan mengapa pihak polis terpaksa menggunakan bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk menjejakinya yang kini berada di Mesir. Menurut Caprice atau Ariz Ramli, 33, dia tidak menerima sebarang panggilan atau mesej daripada pihak polis di Malaysia berhubung siasatan terhadap laporan yang dibuat personaliti dakwah, Ebit Lew pada 21 Julai lalu. "Pelik, my number is public... tak ada siapa contact pun. ARTIKEL BERKAITAN: Chat tak berbalas... Interpol diminta bantu kesan Caprice, Nadir "Kedutaan Malaysia pun tak beritahu apa-apa," katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat. TONTON VIDEO EBIT LEW BERI KETERANGAN DI BUKIT AMAN! Caprice mengulas laporan mStar tentang kenyataan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah yang memberitahu pihaknya gagal menghubunginya untuk diambil keterangan secara dalam talian. Kata Ashari, pihaknya terpaksa mendapatkan bantuan Interpol selepas Caprice dikatakan tidak membalas mesej yang dihantar pihaknya. Selain Caprice polis turut mengesan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berhubung siasatan bagi kes yang sama. Semestinya saya sedia, siapa je tak nak kerjasama dengan pihak polis. CAPRICE PENYANYI RAP Tambah Caprice, dia sangat terkejut selepas membaca kenyataan polis kerana yakin pihak berkuasa mempunyai kepakaran untuk menghubunginya. "Saya sangat yakin OCPD ada akses kepada kedutaan atau WhatsApp. "Tapi ini menjadi kes pertama dalam sejarah apabila Interpol digunakan untuk kes fitnah antara dua influencer. "Saya rasa ada kes-kes lagi berat di dunia dan di Malaysia yang perlu Interpol, FBI dan polis," katanya lagi. Caprice pernah berjanji untuk membuat pendedahan tentang situasi di Palestin namun terpaksa membatalkan hasrat itu. Dalam pada itu Caprice yang kini sedang melengkapkan misi jangka panjang Road To Al Aqsa 2040 berkata dia sedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa sekiranya dihubungi. "Semestinya saya sedia, siapa je tak nak kerjasama dengan pihak polis," katanya. Sementara itu bagi menjawab tentang dakwaan memfitnah Ebit Lew, Caprice menafikannya. "Alhamdulillah selama saya hidup tak pernah fitnah sesiapa kerana dalam Islam perbuatan itu lebih teruk daripada membunuh seseorang," katanya. Pada 21 Julai lalu, Ebit Lew membuat laporan polis mendakwa dia difitnah dipercayai berkaitan isu misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!