suria

Remy Ishak nikah Sabtu ini, Ezza Yusof pilihan hati - “Baik dan buruk dia saya tahu”

Remy Ishak berkahwin pada Sabtu ini.

KALAU sudah jodoh, takkan ke mana.

Pelakon Remy Ishak akhirnya mengumumkan bakal menamatkan zaman bujangnya pada Sabtu ini, difahamkan dengan gadis pilihan hati yang juga bekas tunangnya iaitu Ezza Yusof.

Ketika berkongsi berita gembira berkenaan, Remy berkata majlis pernikahan itu akan diadakan di sebuah lokasi di ibu negara secara tertutup berikutan negara masih dalam fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

"Saya akan bernikah di sekitar Kuala Lumpur yang hanya akan dihadiri pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan beberapa orang sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Cinta Remy Ishak kembali untuk bekas tunang? Foto kemesraan dengan Ezza timbul tanda tanya - “Dia sentiasa ada di sisi saya”

"Kalau boleh memang nak buat majlis terbuka dihadiri keluarga tapi kalau tak boleh kami nikah di masjid sahaja. Kedua-dua pihak dah bersetuju untuk melangsungkan pernikahan itu pada 21 Ogos ini.

"Tiada sebarang persiapan besar... majlis akan berlangsung mengikut prosedur operasi standard. Kalau ada rezeki barulah fikir selanjutnya," katanya.

remy 4

Remy bersama Ezza Yusof.

Remy membuat pengumuman itu menerusi saluran GempakTV pada malam Khamis.

Meskipun tidak menyatakan secara lanjut mengenai bakal isteri, Remy berkata wanita itu cukup istimewa di matanya.

Dia seorang yang istimewa, baik dan buruk dia saya tahu.. biarlah saya simpan dahulu!

REMY ISHAK

PELAKON

"Dia seorang yang istimewa, baik dan buruk dia saya tahu.. biarlah saya simpan dahulu.

"Saya akan kongsi lebih detail mengenai pasangan saya nanti," ujarnya

Remy Ishak

Bakal isteri terlalu istimewa di mata Remy Ishak.

Remy dan Ezza pernah mengikat tali pertunangan pada 2017, namun ikatan perhubungan mereka putus pada 2019.

Bagaimanapun, hubungan mereka dikatakan kembali pulih tahun ini selepas Remy membuat kejutan meraikan hari jadi Ezza di sebuah restoran.

Ia sekali gus mengesahkan ikatan cinta mereka kembali bertaut.

Difahamkan pasangan itu sepatutnya mengadakan majlis pernikahan pada Mei lalu, namun disebabkan pandemik Covid-19 majlis itu terpaksa dibatalkan.

Menerusi temubual bersama media sebelum ini, Remy mengakui hubungannya dengan Ezza penuh ujian dan dugaan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain