suria

Siti Nordiana didakwa buat dakwaan palsu, peguam dua defendan anggap tak ikut standards kes saman fitnah - “Satu bentuk ancaman dan ugutan undang-undang”

Sam dan Aida G tampil menafikan semua dakwaan Siti Nordiana terhadap mereka.

TINDAKAN saman penyanyi Siti Nordiana terhadap rakan-rakannya disifatkan sebagai satu bentuk ancaman dan ugutan undang-undang.

Menurut Peguam Nurul Hafidzah Hassan yang mewakili dua defendan iaitu Pegawai Perhubungan Awam FMC, Sam Samin dan jurusolek, Razidah Ahmad Senusi atau Aida G, segala dakwaan yang dibuat menerusi saman yang dikemukakan penyanyi tersebut adalah tidak tepat

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami berpendapat ada pembelaan yang baik” - Peguam dua defendan kes saman fitnah Siti Nordiana kaji fakta kes, tak tolak idea selesai luar mahkamah

"Kedua-dua anak guam menafikan segala dakwaan yang dikemukakan oleh pihak plaintif. Dakwaan yang diperihalkan oleh pihak plaintif adalah tidak tepat.

PEGUAM SAM 1

Hafidza mewakili Sam dan Aida G manakala Alan Razak peguam kepada Lan Solo serta isteri dan Syura.

"Anak guam berpendapat bahawa semua dakwaan yang telah dinyatakan adalah palsu dan percaya bahawa saman ini adalah satu bentuk ancaman dan ugutan undang-undang ke atas mereka," katanya.

Nurul Hafidzah yang juga peguam utama bagi kes tersebut berkongsi perkara itu menerusi kenyataan rasmi yang diberikan kepada mStar pada Khamis.

Tambah Nurul Hafidzah, anak guamnya tidak membuat sebarang kenyataan atau percakapan dengan niat jahat terhadap Siti Nordiana dan beranggapan saman yang dibuat oleh plaintif tidak memenuhi standard undang-undang bagi kes saman fitnah.

"Anak-anak guam menyangkal dakwaan yang mereka memfitnah plaintif dan pihak plaintif tidak berhak menuntut sebarang pampasan atau ganti rugi ke atas mereka," katanya.

Dakwaan yang diperihalkan oleh pihak plaintif adalah tidak tepat.

NURUL HAFIDZAH

PEGUAM UTAMA

Menerusi laporan mStar pada Rabu, pasukan pembelaan bagi kes saman fitnah yang difailkan Siti Nordiana berpendapat pihaknya mampu mengemukakan pernyataan pembelaan yang baik berhubung kes berkenaan.

Bagaimanapun menurut Nurul Hafidzah masih terlalu awal untuk pihaknya mengulas lanjut tentang hal berkenaan.

Tiga lagi defendan iaitu penyanyi Syura Badron, Lan Solo serta isterinya Sheila Hassim diwakili peguam Alan Razak dan Muhammad Hafiz Hood.

Semua defendan sudah memfailkan memorandum kehadiran di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Selasa.

PEGUAM SAM 2

Persahabatan antara Lan, Nana dan Syura berakhir disebabkan kemelut yang berlaku.

Sebelum ini mStar melaporkan, kemungkinan kedua-dua pihak peguam akan berbincang untuk mengadakan mediasi di luar mahkamah selepas proses memfailkan kesemua penyataan.

Kelima-lima defendan terbabit dituntut membuat permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 setiap seorang.

Selain itu, Siti Nordiana juga menuntut ganti rugi khas, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan menerusi penyataan tuntutan tersebut.

Untuk rekod, kontroversi tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain