suria

[VIDEO] Hakim saran Siti Nordiana dan lima sekawan bincang cara baik, peguam defendan setuju - “Mereka pernah berkawan”

PERBICARAAN kes saman fitnah penyanyi Siti Nordiana ke atas lima individu termasuk dua rakan seperjuangannya iaitu Lan Solo dan Syura yang berlangsung pada pagi Jumaat ditangguhkan pada 20 Oktober depan.

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan menetapkan tarikh baharu berkenaan selepas mengambil kira kelewatan pasukan pendakwaan menyerahkan penyata saksi.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak takut dengan Siti Nordiana, peguam dua defendan siap sedia lawan di mahkamah - “Mereka berada di sisi kebenaran”

ARTIKEL BERKAITAN: Apa kaitan Zoey Rahman dengan Siti Nordiana? Bakal jadi saksi bicara kes saman fitnah lima sekawan

Mahkamah yang bersidang secara atas talian itu diberitahu peguam mewakili Siti Nordiana iaitu Abang Azlan Abang Ariffin baru sahaja menyerahkan penyata saksi pada Khamis.

Sementara itu hakim turut menyarankan plaintif dan defendan menggunakan tempoh yang diberikan sehingga 20 Oktober depan untuk mencari jalan penyelesaian berhubung kemelut membabitkan mereka.

Prosiding yang berlangsung selama satu jam itudihadiri Siti Nordiana selaku plaintif.

aida g

Aida G bersama peguamnya Nurul Hafidzah.

Selain itu kelima-lima defenden iaitu Lan Solo, atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 36; isterinya, Nur Sheila Hassim, 36; Zuraidah Badron, 35, atau lebih dikenali sebagai Syura; Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music Sam Musyadzafar Samin, 43; serta jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad Senusi, 42, turut hadir dalam perbicaraan berkenaan.

Lan Solo dan isterinya Sheila serta Syura diwakili peguam Muhammad Hafiz Hood dan Alan Razak.

Kita memang sarankan kepada anak guam untuk selesaikan hal ini secara baik sebab mereka pun pernah berkawan.

NURUL HAFIDZAH

PEGUAM SAM SAMIN DAN AIDA G

Manakala Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli mewakili Sam Samin dan Razidah Ahmad Senusi atau Aida G.

Sementara itu peguam Nurul Hafidzah yang ditemui selepas prosiding mengalu-alukan jika kedua-kedua pihak bersetuju untuk bermediasi atau menyelesaikan isu ini di luar mahkamah.

“Kita memang sarankan kepada anak guam untuk selesaikan hal ini secara baik sebab mereka pun pernah berkawan.

“Sebelum perbicaraan akan datang, mereka boleh berbincang cari jalan terbaik. Malah plaintif memaklumkan boleh bertemu tapi di kawasan berkecuali.

“Kita tunggulah apa kata putus daripada mereka nanti, sama ada diteruskan atau tidak kami sentiasa bersedia,” ujarnya.

nana

Nana dan lima sekawan diberi masa untuk menyelesaikan kemelut ini di luar mahkamah.

Siti Nordiana, 37, menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates pada 30 Julai lalu memfailkan saman terhadap lima individu berkenaan atas dakwaan memfitnahnya di platform media sosial Instagram.

Pernyataan tuntutan Siti Nordiana mendakwa pada 20 Julai lalu kira-kira 11.58 malam, melalui siaran langsung yang dikendalikan oleh Nur Sheila dan disertai empat defendan lain menerusi akaun Instagram masing-masing telah menyiar, mengeluar serta menerbitkan kata-kata berunsur fitnah terhadapnya.

Siti Nordiana mendakwa kata-kata fitnah itu membawa maksud antaranya beliau bukan seorang artis yang bersih dan dihormati orang, seorang yang ego, tidak ingin mendengar nasihat dalam segala perkara, tidak menghormati orang lain dan menggunakan wang serta populariti untuk memastikan dirinya dihormati.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain