suria

Yonnyboii bukan perampas! Minta bekas kekasih tunang ‘move on’ - “Dia masih muda... ramai lagi bunga dekat luar sana”

Imran terkejut berita pertunangan Yonnyboii dengan bekas kekasihnya, Nik Nazira.

BARU sahaja mengikat tali pertunangan Sabtu lalu, timbul pula cerita tidak sedap apabila penyanyi rap Yonnyboii tiba-tiba dituduh sebagai perampas kekasih orang.

Perkara itu berlaku selepas penyampai radio Hot FM, Imran Aqil meluahkan rasa terkejut apabila bekas kekasihnya iaitu Nik Nazira Narriman, 22, kini sudah menjadi tunang kepada penyanyi itu sedangkan mereka baru sahaja berpisah September lalu.

Enggan berdiam diri, Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 23, berkata, tiada istilah merampas berikutan hubungannya dengan wanita itu sebelum ini hanya sekadar kawan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sebulan bercinta, Yonnyboii kini tunang gamer - “Dia jenis yang caring walaupun clingy, setiap malam tanya saya buat apa”

Jelas penyanyi berusia 23 tahun ini, dia dan Nik Nazira atau Nina membuat keputusan untuk bertunang selepas mendapat restu daripada kedua-dua belah keluarga.

Yonnyboii 2Yonnyboii dan Nik Nazira bertunang pada Sabtu lalu.

"Saya tak kenal dia secara peribadi dan tiada istilah saya merampas atau perampas pun. Selama ini pun saya memang berkawan saja dengan Nina.

"Apabila dapat persetujuan dan restu daripada keluarga, kami terus ambil keputusan untuk bertunang.

"Hubungan saya dengan tunang pun hanya 'go with the flow'. Alhamdulillah, memang jodoh saya dengan dia," kata Yonny kepada mStar.

Saya tak kenal dia secara peribadi dan tiada istilah saya merampas atau perampas pun.

YONNYBOII

PENYANYI

Menerusi laporan sebuah portal hiburan, Imran yang juga bekas teman lelaki kepada tunang Yonnyboii mengakui terkejut dengan berita pertunangan penyanyi berkenaan.

Imran, 22, berkata, dia tak sangka pasangan itu mengikat tali pertunangan memandangkan hubungan dia dan bekas kekasihnya itu putus pada 9 September lalu.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Salahku ini berharap Imran berhenti memperbesarkan isu berkenaan.

Menurut Yonny, dia enggan mengulas lebih lanjut kerana ingin memberi tumpuan kepada persiapan perkahwinannya pada 22 Januari depan.

Yonnyboii 1Pasangan ini akan berkahwin pada Januari tahun hadapan.

"Cukup-cukuplah nak perbesarkan isu ini. Lagipun, dia sendiri cakap yang soal jodoh itu sudah ditentukan Allah.

"Jadi, kalau betul-betul dia terima, dia kena la move on dan doa yang baik-baik untuk kami berdua. Lagipun dia masih muda dan ramai lagi bunga dekat luar sana.

"Ikutkan saya pun malas nak layan isu ini sebab apa yang penting sekarang ini, urusan nak berkahwin sahaja," ujarnya.

Yonnyboii membuat keputusan untuk mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihannya iaitu Nik Nazira Narriman pada Sabtu lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain