suria

Niezam Zaidi ‘update’ IG beberapa jam selepas bebas dengan ikat jamin kes dadah - “Saya minta maaf jika ada salah dan silap”

Niezam enggan mengulas lebih lanjut mengenai isu dirinya terlibat dengan dadah.

SELEPAS beberapa jam bebas dengan ikat jamin melibatkan kes dadah, pelakon Niezam Zaidi tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagram.

Niezam atau nama sebenarnya Muhamad Niezam, 29, meluahkan rasa syukur dengan apa yang terjadi dan berterima kasih kepada semua yang mendoakannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Niezam Zaidi mengaku salah miliki dadah, berdepan penjara 5 tahun atau denda maksimum RM20,000

Bagaimanapun, Niezam memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai isu yang melanda dirinya.

"Assalamualaikum semua, saya minta maaf jika ada salah dan silap saya pada kalian semua.

Niezam 1

Niezam kongsi perkara tersebut di Instagram.

"Saya minta maaf juga tidak dapat membalas satu-satu komen sahabat handai, media dan rakan-rakan seperjuangan melalui DM, WhatsApp, call dan sebagainya.

"Alhamdulillah, syukur pada Allah di atas apa yang terjadi dan jutaan terima kasih juga pada kalian semua yang selalu mendoakan saya selama ini.

"Semoga Allah merahmati kalian. Buat masa sekarang, saya simpan apa-apa komen mengenai isu ini. Semoga kalian semua sihat sentiasa dan diberkati serta dirahmati," ujarnya.

Sementara itu, rata-rata peminat dan rakan artis memberika sokongan kepada pelakon berkenaan dan meminta Niezam untuk menjadikan perkara itu sebagai pengajaran.

“Semoga dipermudahkan urusan. Gagal hari ini tak semestinya gagal selama-lamanya,” ujar Zoey Rahman.

Buat masa sekarang, saya simpan apa-apa komen mengenai isu ini.

NIEZAM ZAIDI

PELAKON

“Allah nak bagi yang terbaik untuk kau. Dia sebaik-baik perancang.

“Berubahlah untuk diri sendiri dan kuatkan semangat” ujar beberapa netizen.

Terdahulu, Niezam bersama dua lagi individu iaitu Mohd Latif Zami, 49, dan Saiful Zaidrin, 43, mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dadah di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar, Perak pada Selasa.

Ketiga-tiga mereka tiba di bangunan mahkamah kira-kira jam 12 tengah hari Selasa dengan pakaian lokap polis berwarna ungu.

Niezam dituduh memiliki 1.15 gram dadah berbahaya jenis kanabis yang merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, membawa hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Niezam ditahan dalam bilik berasingan dalam satu serbuan di sebuah rumah inap desa di Kuala Kangsar, Perak.

Niezam 2

Niezam mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dadah.

Mohd Latif turut dituduh atas kesalahan sama kerana memiliki 0.3 gram dadah jenis kanabis di bawah seksyen sama.

Sementara itu tertuduh ketiga, Saiful Zaidrin pula didakwa memiliki 0.38 gram dadah jenis methamphetamine yang merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952, membawa hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Pada prosiding berkenaan, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Syuhada Muhammad Lutfi meminta jaminan sebanyak RM6,000 bagi tertuduh pertama dan kedua manakala RM8,000 bagi tertuduh ketiga.

Pada Isnin mStar melaporkan artis dan dua kru iaitu masing-masing pengarah dan penolong pengarah ditahan dalam bilik berasingan menerusi serbuan pada Ahad di sebuah rumah inap desa di No 835, Persiaran Jati Chandan Putri 2, Kuala Kangsar, Perak.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain