suria

Erra Fazira bimbang masyarakat jelek gosip cinta tak kesampaian, nafi jadi isteri kedua Faizal Azumu - “Saya bukan muda lagi nak bentang kisah kahwin”

Erra dan Faizal menafikan gosip yang bertebaran mengenai mereka di laman sosial.

TERPALIT gosip dan dakwaan mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli politik, akhirnya pelakon Erra Fazira tampil menjawab mengenai kontroversi berkenaan.

Menafikan khabar angin itu, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 47, menegaskan dia masih memegang status ibu tunggal dan tidak bernikah secara senyap-senyap seperti yang diperkatakan ramai.

Mengakui muak dengan gosip cinta sedemikian, Erra berkata kisah peribadinya kurang sesuai dijadikan perhatian umum lebih-lebih lagi ketika usianya yang semakin lanjut.

ARTIKEL BERKAITAN: Erra Fazira ‘upload’ foto kayuh basikal, tak peduli gosip jadi isteri kedua ahli politik - “Apa tak habis-habis cerita fasal kahwin ni”

ARTIKEL BERKAITAN: Erra Fazira didakwa isteri kedua ahli politik, peminat ucap tahniah - “Pandai pilih tarikh nikah betul-betul tragedi Oktober”

"Ya, yang pasti saya masih ibu tunggal. Kalau tak faham juga, tak tahu nak cakap apa.

"Sudah sudahlah mainkan cerita fasal status saya. Saya bukan muda lagi nak dibentangkan kisah kahwin dan cinta tak kesampaian. Apa kata berikan perhatian kisah sebegitu dekat artis berpangkat adik lain.

erra 2

Erra enggan lagi terpalit gosip cinta.

"Lebih manis dan orang tak jelak. Untuk saya andai ada jodoh di hari muka, tolong doakan yang terbaik dan moga berkekalan hingga ke jannah," katanya.

Sebelum itu, menerusi Instagram pelakon filem Soalnya Hati ini memuat naik foto sedang berbasikal dan memberitahu enggan melayan gosip yang mengatakan dia kini sudah berkahwin.

erra f 1

Erra enggan melayan gosip kahwin tersebut.

"Bagaimana penat pun kamu, teruskan berjalan. Weekend yang nyaman sebelum kecederaan berlaku. InsyaAllah sambung minggu depan.

"Apo tak habis-habis cerita fasal kahwin ni. Orang sangat suka bercakap, jadi biar mereka seronok bercakap," tulisnya.

Reaksi itu diberi selepas timbul gosip mendakwa aktres ini sudah menjadi isteri kepada seorang ahli politik dari Perak.

Tidak betul!

DATUK SERI AHMAD FAIZAL AZUMU

MENTERI BELIA DAN SUKAN

Sementara itu, ahli politik yang dimaksudkan iaitu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu turut menafikan perkara berkenaan.

"Tidak betul," demikian jawapan ringkas beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun kepada Sinar Harian pada Isnin.

Kontroversi ini mula bertiup kencang apabila seorang pengguna Twitter memuat naik ciapan mendakwa Erra sudah menjadi isteri kedua ahli politik itu.

erra 4

Nama Erra Fazira menjadi perbualan hangat netizen gara-gara gosip kahwin dengan ahli politik.

Dakwaan itu mengejutkan ramai netizen yang turut mempersoalkan kesahihan maklumat berkenaan.

Malah ada juga peminat yang menyangkal dan menganggap gosip berkenaan hanyalah rekaan dan fitnah semata-mata.

Untuk rekod, Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pengarah Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 namun berpisah pada 2006.

Erra kemudian mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran pada 2007 namun bercerai pada 2014.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya yang kini berusia 12 tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain