suria

Niezam Zaidi mengaku salah miliki dadah, berdepan penjara 5 tahun atau denda maksimum RM20,000

Pelakon Niezam Zaidi dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kangsar pada Selasa atas tuduhan memiliki dadah.

PELAKON Niezam Zaidi mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dadah di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar pada Selasa.

Selain Niezam, dua lagi individu iaitu Mohd Latif Zami, 49, dan Saiful Zaidrin, 43, yang ditahan anggota polis dari bahagian Siasatan jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis daerah Kuala Kangsar turut mengaku memiliki barang terlarang itu.

Ketiga-tiga mereka tiba di bangunan mahkamah kira-kira jam 12 tengah hari Selasa dengan pakaian lokap polis berwarna ungu.

ARTIKEL BERKAITAN: Produksi tak bertanggungjawab penahanan Niezam Zaidi... Terpaksa tukar dua pengarah untuk sambung penggambaran telefilem

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon, pengarah dan kru jalani penggambaran di Kuala Kangsar dicekup positif dadah

Niezam atau nama sebenarnya Muhamad Niezam, 29, dituduh memiliki 1.15 gram dadah berbahaya jenis kanabis yang merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, membawa hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

niezam zaidi

Niezam ditahan dalam bilik berasingan dalam satu serbuan di sebuah rumah inap desa di Kuala Kangsar, Perak.

Mohd Latif turut dituduh atas kesalahan sama kerana memiliki 0.3 gram dadah jenis kanabis di bawah seksyen sama.

Sementara itu tertuduh ketiga, Saiful Zaidrin pula didakwa memiliki 0.38 gram dadah jenis methamphetamine yang merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952, membawa hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Pada prosiding berkenaan, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Syuhada Muhammad Lutfi meminta jaminan sebanyak RM6,000 bagi tertuduh pertama dan kedua manakala RM8,000 bagi tertuduh ketiga.

Terdahulu mStar melaporkan artis dan dua kru iaitu masing-masing pengarah dan penolong pengarah ditahan dalam bilik berasingan dalam satu serbuan di sebuah rumah inap desa di No 835, Persiaran Jati Chandan Putri 2, Kuala Kangsar, Perak, pada Ahad.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain