suria

Angkara Zul Ariffin, TV3 tegur pelakon dan produksi… Adegan dilakonkan tidak dapat kelulusan stesen TV

TV3 keluarkan kenyataan berhubung penularan sedutan babak panas lakonan Zul Ariffin.

ANGKARA sikap gelojoh Zul Ariffin tanpa memikirkan sensitiviti dengan berkongsi video adegan kurang sopan di laman sosial, pelakon dan kru ditegur TV3 atas perbuatan itu.

Menerusi kenyataan kepada mStar, Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) memandang serius dan mengambil berat akan suara dan pandangan orang ramai mengenai video dalam petikan adegan drama Perempuan Itu.

Tambahnya, adegan yang dipaparkan itu tidak sesuai untuk disiarkan apatah lagi bagi tujuan promosi.

ARTIKEL BERKAITAN: Babak panas Zul Ariffin mungkin tak tayang di TV, hanya untuk publisiti... Pengarah minta henti kecam Erma Fatima

ARTIKEL BERKAITAN: Rupa-rupanya dari awal Erma Fatima tak senang babak panas Zul Ariffin... Umie Aida dedah cerita sebenar

Malah babak panas itu tiada dalam perbincangan atau mendapat kelulusan daripada pihak stesen.

"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana pengisian drama-drama tempatan perlu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).

tve 1

Sedutan babak panas Zul Ariffin tular di media sosial.

"Kami juga mengingatkan semua pihak yang meliputi produksi dan para pelakon supaya menjadi lebih peka kepada tindak-tanduk yang dilakukan serta menjaga sensitiviti agama dan masyarakat terutamanya dalam menjayakan mana-mana drama," ujar kenyataan itu.

Pada malam Jumaat, Instagram Zul diserang netizen selepas dia memuat naik babak panas drama lakonannya itu di laman sosial berkenaan.

tv3 2

Nama Zul Ariffin dan Erma Fatima trending di media sosial.

Video memperlihatkan Zul mendukung Siti Hariesa dari depan dianggap keterlaluan dan tidak sesuai untuk tayangan masyarakat di negara ini.

Bukan sahaja dikecam netizen, malah video itu turut menarik perhatian pendakwah termasuklah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Senator Datuk Idris Ahmad yang turut menegur babak panas berkenaan.

Bagaimanapun, pengarahnya iaitu Ain Sharif menjelaskan adegan yang bocor itu merupakan rakaman kedua yang mungkin tidak ditayangkan di televisyen dan hanya untuk tujuan publisiti.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain