suria

Rupa-rupanya dari awal Erma Fatima tak senang babak panas Zul Ariffin… Umie Aida dedah cerita sebenar

Umie Aida dedah kakaknya Erma Fatima bimbang sedutan panas dalam drama berkenaan.

RUPA-RUPANYA sejak awal lagi penerbit Erma Fatima sudah meluahkan kebimbangan mengenai babak panas yang dilakonkan oleh Zul Ariffin dalam drama Perempuan Itu.

Perkara itu didedahkan olehnya adiknya iaitu Datin Seri Umie Aida yang memberitahu Erma mengetahui ada babak terlalu daring yang kurang sesuai untuk tontonan umum.

"Baru sempat untuk saya berkongsi kata-kata sikit fasal isu ini... dari awal lagi Erma luahkan rasa risaunya bila dia tengok footage cerita ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Babak panas Zul Ariffin mungkin tak tayang di TV, hanya untuk publisiti... Pengarah minta henti kecam Erma Fatima

ARTIKEL BERKAITAN: Dikecam bertubi-tubi, Zul Ariffin padam babak panas... Kongsi pula video berdiri sambil tepuk tangan

"Dia kata mereka shoot (babak) sangat daring. Me (panggilan diri Umie) pesan awak sebagai penerbit kena tegas dan beritahu mereka rakaman atas landasan yang dibenarkan.

"Lebih mengecewakan bila ada pihak yang sanggup keluarkan footage dari editor tanpa keizinan pihak producer dan post di Instagram. Motif keluarkan footage yang belum edit dan teruja dengan babak yang kurang indah itu dikongsikan untuk viral?" katanya menerusi laman Instagram.

erma

Perkongsian Umie Aida di Instagram.

Sementara itu, Umie berkata dia sudah menonton sedutan babak tersebut yang dikongsi oleh Zul Ariffin di Instagram miliknya pada malam Jumaat.

Justeru itu, dia meminta pihak sepatutnya bertanggungjawab atas apa yang berlaku.

Sayangnya bila ada pihak tak bertanggungjawab dalam tugas yang diberikan mengikut landasan yang dibenarkan

UMIE AIDA

PELAKON

"Saya sempat tengok post dari IG aktor tersebut. Saya terus komen kat Erma... apa cerita korang buat ini? Gila ke? Dalam isu ini beberapa pihak yang terlibat harus kedepan dan jelaskan kenapa babak tersebut jadi sampai level begitu?

"Sayangnya bila ada pihak tak bertanggungjawab dalam tugas yang diberikan mengikut landasan yang dibenarkan... antara skrip dan interprestasi pengarah berbeza.

"Screenplay (lakon layar) dibuat oleh pengarah bukan penulis skrip atau produser dan sebagai pelakon wajar tolak screenplay yang di luar kewarasan. Semoga jadi pengajaran untuk kita semua," ujarnya.

zul menteri 3

Netizen kecam babak panas lakonan Zul Ariffin.

Pada malam Jumaat, Instagram Zul diserang netizen selepas dia memuat naik babak panas drama lakonannya itu di laman sosial berkenaan.

Video memperlihatkan Zul mendukung Siti Hariesa dari depan dianggap keterlaluan dan tidak sesuai untuk tayangan masyarakat di negara ini.

Bukan sahaja dikecam netizen, malah video itu turut menarik perhatian pendakwah termasuklah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Senator Datuk Idris Ahmad yang turut menegur babak panas berkenaan.

Bagaimanapun, pengarahnya iaitu Ain Sharif menjelaskan adegan yang bocor itu merupakan rakaman kedua yang mungkin tidak ditayangkan di televisyen dan hanya untuk tujuan publisiti.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain