ISU hubungan ‘dingin’ antara penyanyi Datuk Jamal Abdillah dengan anaknya, Zaki Yamani kini menjadi semakin panas apabila wujud percanggahan kenyataan antara mereka. Terbaharu, Zaki, 16, menegaskan tidak ada mana-mana pihak termasuk ibunya bertindak menghalang mereka untuk bertemu. ARTIKEL BERKAITAN: Jamal Abdillah dakwa dihalang bertemu Zaki Yamani... Terpaksa curi-curi jumpa di sekolah ARTIKEL BERKAITAN: Zaki Yamani tak ‘jual nama’ Jamal Abdillah, masuk Ceria Pop Star Xtra guna bakat sendiri... Tetap hadir ‘audition’ Pengakuan Zaki itu dilihat bercanggah dengan kenyataan Jamal kepada mStar bahawa bekas isterinya, Fatimatuzahra Samad menjadi penghalang ikatan kasih antara dia dan anaknya. View this post on Instagram A post shared by Zaki Yamani (@zakiyamani._) “Baba yang tak nak jumpa Zaki, apa pula nak salahkan mummy Zaki. “Cukuplah baba buat cerita macam-macam. Benda tak betul semua tu. “Tiada siapa yang tak bagi, ayah sendiri yang tak nak jumpa anak” tulis Zaki di ruangan komen Instagram mStar Online. Cukuplah baba buat cerita macam-macam. Benda tak betul semua tu. ZAKI YAMANI PENYANYI/ ANAK JAMAL ABDILLAH Terdahulu Jamal dalam satu kenyataan kepada mStar mendakwa dia terpaksa bertemu Zaki secara curi-curi di sekolah bagi memberi wang bulanan. Kenyataan penyanyi berusia 63 tahun itu bagi mengulas mengenai pendedahan Zaki yang meluahkan rasa rindu untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersamanya. Sementara itu, Zaki meminta penyanyi itu berhenti memburukkan wanita yang selama ini sentiasa berada di sisinya. "Kepada baba, Zaki harap berhenti burukkan mummy sebab selama ini kalau Zaki sakit dia yang ada jaga. "Baba boleh je nak jumpa Zaki, baba janji nak jumpa tapi tak datang. Zaki whatapps baba tak balas, call pun tak jawab," ujarnya. Zaki bersama ibunya, Fatimatuzahra Samad. Untuk rekod, Zaki adalah anak daripada hasil perkahwinan Jamal dengan Fatimatuzahra Samad. Selain Zaki, Jamal turut mempunyai anak lelaki bernama Osama Yamani hasil perkahwinan dengan Intan Noraina Mohd Yusof. Pada 1 April 2017, Jamal berkahwin dengan Zai Izzati Khiruddin dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Nur Azura Yamani, 3, El Isaac Yamani, 2 dan Iskandar Rayyan Yamani yang baru dilahirkan Februari lalu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI