SUSULAN pendedahan penyanyi Zaki Yamani berkaitan hubungan renggang dengan bapanya Datuk Jamal Abdillah, penyanyi legenda itu tampil menjelaskan hal sebenar. Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Mohd Ali, mendakwa dia dihalang bertemu dengan anaknya itu oleh bekas isteri iaitu Fatimatuzahra Samad selepas mereka berpisah. ARTIKEL BERKAITAN: Zaki Yamani tak ‘jual nama’ Jamal Abdillah, masuk Ceria Pop Star Xtra guna bakat sendiri... Tetap hadir ‘audition’ ARTIKEL BERKAITAN: Jamal pilih tarikh cantik 22.02.2022 sambut anak kelima, beri nama Iskandar Rayyan Yamani Bagaimanapun Jamal berkata, dia ada bertemu Zaki di rumah seorang kawan pada sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun lalu dan menganggap pertemuan selama setengah jam itu penuh bermakna. Zaki luah perasaan rindu terhadap bapanya. "Hubungan saya dan anak okay saja. Cuma dihalang untuk berjumpa. Beberapa tahun lalu, ada la curi-curi jumpa di sekolah di Kajang. "Waktu itu sempena majlis hari guru di sekolah itu dan saya dijemput hadir kerana anak saya menyanyi... waktu itu anak saya di tingkatan satu. "Tapi ibunya tak benarkan dia ke sekolah sekiranya saya hadir... jadi saya terpaksa akur. Tapi saya tetap curi-curi jumpa sebab nak sampaikan duit bulanan pada Zaki. "Jadi dapatlah saya curi-curi jumpa dia. Hari raya tahun lalu pun ada jumpa. Itu pun di rumah salah seorang sahabat. Setengah jam perjumpaan itu bagi saya seribu rahmat," katanya kepada mStar. Tapi saya tetap curi-curi jumpa sebab nak sampaikan duit bulanan pada Zaki. JAMAL ABDILLAH PENYANYI Penyanyi berusia 63 tahun itu diminta mengulas mengenai kenyataan Zaki yang meluahkan rasa rindu untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersamanya. Menerusi temu bual bersama Utusan, Zaki mendedahkan kali terakhir dia menyambut lebaran bersama bapanya sekitar lapan tahun lalu. Katanya lagi, dia memahami bapanya kini sudah mempunyai kehidupan dan keluarga baharu selain enggan mengharapkan hubungan mereka kembali seperti dahulu. Sementara itu, penyanyi lagu Kekasih Awal Dan Akhir ini mendedahkan cermin mata yang dipakai Zaki dalam foto yang tular itu merupakan pemberiannya. "Dalam gambar yang tersebar itu, saya notis cermin mata yang dipakai itu adalah pemberian saya kepada Zaki pada malam tu," ujarnya. Jamal bersama isteri, Zai Izzati dan dua orang anaknya. Ditanya mengenai kemelut dengan bekas isteri, Jamal memilih untuk tidak memperbesarkan perkara itu kerana menganggap dia mampu menguruskannya dengan baik. "Perkara ini tak perlu diperbesarkan... semua akan saya handle dengan baik, Insya-Allah," kata Jamal. Untuk rekod, Zaki adalah anak daripada hasil perkahwinan Jamal dengan Fatimatuzahra Samad. Selain Zaki, Jamal turut mempunyai anak lelaki bernama Osama Yamani hasil perkahwinan dengan Intan Noraina Mohd Yusof. Pada 1 April 2017, Jamal berkahwin dengan Zai Izzati Khiruddin dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Nur Azura Yamani, 3, El Isaac Yamani, 2 dan Iskandar Rayyan Yamani yang baru dilahirkan Februari lalu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI