suria

[VIDEO] ‘Mak Wan Latah bukan baik tapi tak jahat...’ Kini dibenci keluarga akibat termakan fitnah

BERITA penceraian dan konflik membabitkan pembantu peribadi (PA) yang berlaku baru-baru ini menyebabkan pelakon Mak Wan Latah dipinggirkan oleh keluarga.

Menurut Mak Wan atau nama sebenar Halimatussa'diah Mohd Daud, 61, dia tidak menyangka ada ahli keluarganya termakan hasutan dan fitnah yang tersebar di media sosial itu.

"Mak Wan dibenci dan tidak disukai oleh keluarga sekarang ini sebab jahat. Mak Wan ni jahat... adik yang jahat dan kakak yang jahat.

makwan 1

Bekas PA, Amell (kiri) kongsi video mengenai Mak Wan di TikTok.

"Tapi untuk pengetahuan anda, Mak Wan ni bukannya seorang yang baik, tapi Mak Wan tak jahat. Jangan suka menghakimi seseorang serta menilai tanpa mengetahui apa yang dia sedang lalui saat ini.

"Kalau tiada keluarga siapa lagi yang nak bantu? Mak Wan pun tak jadi macam ini tetapi bila jadi macam ini semua percaya sebab termakan fitnah, nanti bersusun semua cari Mak Wan di akhirat,” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Mak Wan Latah jawab tuduhan panas baran, anggap bekas pengurus peribadi otak tak betul

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas pengurus peribadi dah tak tahan dedah siapa sebenarnya Mak Wan Latah

Pelakon itu berkata demikian ketika ditemui semasa sidang media teater Mak Cik Dara & Bawang yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada Khamis.

Sebelum ini, nama Mak Wan menjadi sebutan apabila perkahwinannya dengan bekas suami, Husain Dollah hanya bertahan selama tiga bulan dan bercerai pada April lalu.

Pada penghujung Jun lalu, bekas PA dikenali Amell memuat naik beberapa video tentang Mak Wan di akaun TikTok miliknya yang mendakwa aktres itu seorang yang panas baran selain melakukan perkara-perkara syirik.

makwan 3

Mak Wan membintangi teater Mak Cik Dara & Bawang.

Bukan itu sahaja, wanita itu turut membuat laporan polis berhubung kehilangan duit dan barang kemas miliknya yang didakwa diambil Mak Wan.

Pelakon drama 7 hari Mencintaiku 3 ini bagaimanapun menafikan mengenai dakwaan tersebut dan memberitahu menyerahkan kepada polis berhubung perkara itu.

"Mengenai isu duit Mak Wan tak mahu ulas kerana masih dalam siasatan polis kerana takut tersalah cakap," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain