suria

Dakwaan wanita hafaz al-Quran 15 juzuk... Ridhuan Tee kata belum tentu sempurna dan faham Islam

Ridhuan Tee menegaskan kebolehan membaca al-Quran belum tentu membuatkan seseorang itu memahami Islam.

PAKAR motivasi dan pendakwah, Prof Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah menegaskan kebolehan seseorang menghafaz al-Quran belum cukup menjadikan seseorang itu sempurna sebagai umat Islam.

Sebaliknya kata Ridhuan, menghafaz al-Quran dengan beramal dalam Islam adalah dua perkara berbeza manakala mempelajarinya belum cukup sekiranya tiada penghayatan.

"Saya harap pelawak, penyanyi atau sesiapa sahaja, hafaz al-Quran bukan tanda anda ahli syurga. Hafaz al-Quran bukan tanda faham Islam.

"Hafalan itu mestilah disertai dengan kefahaman dan penghayatan. Dalam Islam, paling penting adalah akidah dah akhlak.

siti3

Tangkap layar video wanita hina agama di sebuah kelab komedi.

"Disertai dengan kefahaman tauhid Rubbubiyyah (mengenali kebesaran Allah) dan tauhid Uluhiyyah (pengabdian kepada Allah). Belum ada jaminan yang hafaz al-Quran masuk syurga jika tidak disertai dengan iman, takwa kepada Allah," katanya.

Ridhuan berkata demikian sebagai mengulas tindakan seorang wanita yang mengaku menghafaz 15 juzuk al-Quran ketika mengadakan persembahan komedi berdiri sebelum menanggalkan tudung dan pakaiannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita buka baju hina Islam mengaku tidak bersalah, mahkamah larang muat naik sebarang kenyataan di media sosial

ARTIKEL BERKAITAN: Teman lelaki wanita hina Islam dituduh muat naik content jelik dengan niat menyakitkan hati

Dalam pada itu, Ridhuan berkata, menghafaz al-Quran juga bukan bererti seseorang itu boleh membaca dan menulis dalam tulisan jawi melainkan ia melibatkan pembelajaran, fahaman dan penghayatan.

"Belajar sahaja tidak mencukupi jika tiada penghayatan. Hafaz al-Quran tidak semestinya boleh berbahasa dan memahami bahasa Arab kerana ia melibatkan amalan atau penghayatan," katanya.

Ridhuan turut menjelaskan sekiranya setiap umat Islam memahami agama sebaik-baiknya, maka tidak mungkin masih wujud beberapa negara Arab yang hidup dalam peperangan.

siti

Siti Nuramira Abdullah hadir ke Mahkamah Sesyen Siber Kuala Lumpur pada Rabu.

"Penduduk di negara Timur Tengah faham bahasa Arab, faham isi kandungan al-Quran sebab dalam bahasa itu. Malangnya, semua negara tidak juga maju malah berbunuhan sesama sendiri.

"Isunya adalah soal penghayatan meskipun hebat berbahasa Arab atau menghafaz al-Quran," katanya.

Terdahulu, Siti Nuramira Abdullah membuat pengakuan tidak bersalah ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Siber Kuala Lumpur pada Rabu lalu atas tuduhan menghina Islam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 298A (1)(a) Kanun Keseksaan kerana menimbulkan kegusaran dan suasana tidak harmoni di atas alasan-alasan agama, di antara orang-orang yang menganut agama yang sama ketika membuat persembahan komedi berdiri di Crackhouse Comedy Club, Taman Tun Dr Ismail pada 4 Jun lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain