suria

“Dia maki hamun dan pukul kepala saya” - Coki dakwa pernah jadi mangsa wanita rambut pink, saksi budak 4 tahun didera

Coki juga menjadi salah seorang mangsa penipuan Myra.

PERSONALITI media sosial, Coki mendedahkan dia pernah menjadi saksi dan melihat sendiri kanak-kanak berusia empat tahun bernama Alia didera oleh wanita dikenali sebagai Myra Khan.

Menurut Coki atau nama sebenarnya Muhammad Danish Daniel, dia mula mengenali wanita itu selepas menerima tawaran untuk melakukan promosi sebuah produk kosmetik.

Kata Coki lagi, dia juga pernah menjadi mangsa kekerasan Myra apabila dipukul dibahagian kepala selain dimaki dengan kata-kata kesat.

coki 2

Coki kongsi pengalaman jadi mangsa keganasan Myra Khan.

"Saya tinggal di rumah dia dengan beberapa orang pekerja lain. Rupa-rupanya mereka juga menjadi mangsa dan tidak pernah dibayar gaji selepas beberapa bulan bekerja.

"Saya menyaksikan sendiri Alia didera oleh Myra. Dia suap sekepal nasi besar kerana Alia tidak mahu makan. Katanya jangan manjakan kanak-kanak itu kerana dia anak angkat.

"Saya sudah mula rasa tidak sedap hati dan mengajak pekerja lain untuk keluar minum dan ternyata mereka juga adalah mangsa.

ARTIKEL BERKAITAN: Lufya Omar kenal wanita dera kanak-kanak, rupanya pernah alami tekanan dalam perniagaan

ARTIKEL BERKAITAN: Pukul budak hyper-aktif dengan penyapu sebab tak suka makan nasi, wanita rambut pink direman 7 hari

"Apabila kami pulang, Myra panggil kami semua berkumpul. Dia maki hamun dan pukul kepala saya. Selepas itu saya terus keluar dari rumah tersebut," katanya kepada mStar.

Perbuatan dera terhadap Alia juga dikatakan sudah beberapa kali berlaku dan Coki sendiri melihat keadaan anak kecil itu tidak terurus sejak pertama kali berjumpa.

Sementara itu, Coki memberitahu dia dan rakan-rakannya yang turut tinggal di rumah tersebut telah mengumpul bukti kukuh dan mencari masa sesuai untuk membuat laporan polis.

Saya menyaksikan sendiri Alia didera oleh Myra. Dia suap sekepal nasi besar kerana Alia tidak mahu makan

COKI

PERSONALITI MEDIA SOSIAL

"Sejak mula saya nampak Alia sudah seperti tidak terurus selain ada kesan lebam pada bahagian betis. Badannya juga kurus.

"Sebelum ini rakan-rakan saya yang lain menunggu masa sesuai untuk membuat laporan polis dan mereka juga cuba kumpul bukti kukuh.

"Saya pula enggan buat laporan polis atas perbuatan memukul saya kerana mengganggap dia akan dapat balasan setimpal suatu hari nanti. Terbukti hari ini dia sudah ditahan polis," jelasnya yang bersedia menjadi saksi jika dipanggil pihak berkuasa bagi membela nasib kanak-kanak tersebut.

dera 1

Kes dera Alia menjadi tular sejak awal pagi Jumaat.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan mengesahkan suspek wanita itu telah ditahan dengan pasangannya di sebuah rumah di Beranang, Selangor.

Mangsa merupakan kanak-kanak yang dikatakan hyper-aktif berusia anggaran empat tahun, merupakan anak kepada warganegara Indonesia yang mana kelahirannya tidak pernah didaftarkan dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain