MENGENALI secara peribadi wanita yang ditahan kerana didakwa mendera kanak-kanak, pelakon Lufya Omar juga mendedahkan individu tersebut pernah berkongsi tentang masalah depresi yang dialami. Lufya bagaimanapun berkata tekanan hidup wanita yang dikenali sebagai Myra itu bukanlah alasan untuk dia bertindak kejam melakukan penderaan terhadap anak angkat berusia empat tahun itu. "Saya kenal Myra kerana dia pernah tawarkan kepada saya untuk mempromosikan produk. Namun saya tidak bersetuju kerana ada beberapa komitmen lain sebelum ini. Lufya dedahkan wanita dera kanak-kanak itu alami tekanan. "Dia pernah mendedahkan masalah tekanan yang dialami. Saya boleh katakan itu adalah satu ujian kepada dia dan sepatutnya dia tidak boleh berjanji manis dalam perniagaan. "Walaupun dia tertekan, namun perbuatan dera itu sangat kejam. Masalah tekanan bukan alasan untuk melepaskan rasa tersebut terhadap seorang kanak-kanak," katanya kepada mStar. Meluahkan rasa terkejut dengan video penderaan yang mula tular sejak awal pagi Jumaat, Lufya menganggap ini adalah satu ujian buat Myra supaya dia cepat sedar dan menginsafi perbuatannya. ARTIKEL BERKAITAN: Mengadu dibuli, kemudian diri sendiri dera budak? Twitter kena gali... suspek pernah mengaku digelar kaki sihir, alami depresi ARTIKEL BERKAITAN: Pukul budak hyper-aktif dengan penyapu sebab tak suka makan nasi, wanita rambut pink direman 7 hari Dalam masa sama, Lufya berharap pihak berwajib mengambil tindakan tegas terhadap kes seumpama ini supaya ia tidak berulang lagi. "Apa sahaja yang dia buat adalah cara Allah tunjukkan sayang kepadanya. Ini adalah ujian supaya dia menjadi lebih baik. Anak angkat juga adalah amanah Allah untuk kita jaga. "Memang saya terkejut apabila melihat video tersebut. Ada masa kita pun marah kepada anak tetapi tidaklah sehingga tahap yang brutal sebegitu. Anak angkat juga adalah amanah Allah untuk kita jaga LUFYA OMAR PELAKON "Mungkin disebabkan dia tidak melahirkan anak tersebut maka, dia tidak tahu keperitan seorang ibu. Cara dia itu salah," jelasnya. Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan mengesahkan suspek wanita itu telah ditahan dengan pasangannya di sebuah rumah di Beranang, Selangor. Wanita dera kanak-kanak empat tahun sudah direman tujuh hari. Mangsa merupakan kanak-kanak yang dikatakan hyper-aktif berusia anggaran empat tahun, merupakan anak kepada warganegara Indonesia yang mana kelahirannya tidak pernah didaftarkan dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri. Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI