JIKA anak berperangai tidak baik, ibu-apa akan dikaitkan. Sebab itulah orang tua-tua dahlulu selalu berpesan, jangan malukan ibu bapa dengan sikap yang tidak elok kerana setiap tingkah laku anak, ibu-bapa yang akan dipersalahkan. Begitu juga yang dihadapi oleh aktor Azhar Sulaiman apabila dia hampir putus asa untuk menasihati anak gadisnya, Kasih Iris Leona yang dikatakan tetap tak makan 'saman' meskipun sudah berulang kali dinasihati agar berubah. Mengulas mengenai pekrara ini Pencetus Ummah (PU) Syed atau Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 40, berkata, anak-anak adalah cerminan hidup ibu bapa namun ujian lebih hebat apabila mereka memilih haluan hidup sendiri. Justeru kata Syed, doa adalah senjata terbaik kerana Allah sentiasa mendengar dan memperkenankan setiap permintaan umat-Nya. Azhar sudah banyak kali beri nasihat kepada anaknya. "Pertama sekali kita kena sedar bahawa Allah telah sebut dalam al-Quran bahawa harta benda dan anak-anak adalah satu ujian. Apabila mereka tidak mendengar cakap, itu adalah satu ujian dan Allah tidak akan menguji manusia di luar kemampuan. "Anak-anak akan melihat gaya hidup ibu bapa dan itu menjadi cerminan mereka. Bagaimanapun ada yang memilih jalan sendiri. ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Azhar Sulaiman akui bukan mudah tegur anak, nak angkat rotan dah tak sesuai... Hanya mampu doa agar berubah ARTIKEL BERKAITAN: Anak dituduh skandal suami orang... Azhar Sulaiman enggan ambil tindakan, minta Azira dapatkan bantuan "Kalau nasihat tak boleh 'pakai', berdoalah kepada Allah. Allah memiliki hati setiap manusia dan yakinlah Dia akan perkenankan setiap doa hambaNya," katanya kepada mStar. Syed turut menasikhati Azhar dan ibu bapa yang mempunyai masalah sama agar sentiasa mendekati anak-anak mengikut kesesuaian usia mereka kerana perwatakan setiap manusia akan berubah seiring dengan peningkatan umur masing-masing. Dalam masa sama, sebagai anak kata Syed, mereka juga perlu mendengar nasihat ibu bapa selagi ia tidak bertentangan dengan hukum syarak. Kalau nasihat tak boleh ‘pakai’, berdoalah kepada Allah. PU SYED PENDAKWAH BEBAS "Bermainlah dengan anak pada usia mereka satu hingga tujuh tahun. Pada usia lapan hingga 14 tahun, ajar mereka tentang adab. Kemudian apabila mereka meningkat remaja, jadilah sahabat sehingga mereka boleh menceritakan masalah kepada kita. "Ada ketika kita terlepas pandang dan anggap anak-anak masih kecil sedangkan mereka telah pun dewasa. Sentiasalah dekati mereka supaya mereka tidak rasa terasing. "Sebenarnya anak-anak kena ikut pesan ibu bapa sampai bila-bila, biarpun sudah dewasa. Tanpa ibu bapa kita tidak akan lahir di dunia ini. Selagi nasihat itu tidak langgar hukum agama, kita kena ikut," jelasnya. Terdahulu Azhar menerusi satu hantaran di Instagram miliknya berkongsi perbualan bersama pelakon Aida Aris dengan menceritakan dia sudah berulang kali memberi nasihat kepada anaknya ekoran sering mencetuskan kontroversi. Leona sebelum ini dikecam kerana berpakaian seksi. Menerusi hantaran tersebut, Azhar meluahkan perasaan dia sentiasa 'panas punggung' apabila nama anaknya itu semakin menjadi kerana perkara tidak baik. "Hari-hari dia buat Har (Azhar) panas buntut. Dah cuba slow talk tapi tak ikut. Makin cakap makin menjadi," tulisnya. Ini bukan kali pertama pelakon filem Abang 92 itu meluahkan tentang anaknya itu malah sering berkongsi di media sosial. Selain Azhar yang diuji dengan tingkah laku anak, penceramah bebas iaitu Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah juga berhadapan situasi serupa apabila anaknya iaitu Syafi Tee yang memilih untuk menjadi pelakon turut terpalit dengan kontroversi selepas tersebar foto berpelukan dan bercium dengan kekasihnya. Walaupun sudah memberi didikan agama sepenuhnya kepada si anak namun kata Ridhuan, sesungguhnya iman itu tidak dapat diwarisi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI