suria

Asma' Harun minta maaf, Ifa Raziah anggap teguran isu tak pakai tudung selesai

Pertemuan empat mata di antara Asma' Harun dan Ifa Raziah dengan linangan air mata.

AIR mata penyanyi dan usahawan Ifa Raziah tumpah apabila Asma' Harun datang bertemu dengannya untuk memohon maaf ekoran pendakwah itu pernah membuat teguran terhadapnya sebelum ini.

Ifa atau Saripah Raziah Mustapha, 47, berkata, dia terharu apabila Asma' sanggup menunggunya selama dua jam demi bertemunya kerana berasa tidak senang hati selagi tidak bersemuka dan meminta maaf.

"Ustazah (Asma') sanggup menunggu dua jam sebelum saya sampai di lokasi. Dia memaklumkan berasa tidak senang hati selagi tidak meminta maaf kerana telah mengaibkan saya.

"Selepas pertemuan itu, saya dan suami benar-benar ikhlas memaafkan ustazah dan kami telah pun berdamai.

ifa2

Ifa Raziah sebelum ini pernah berkecil hati ditegur secara terbuka oleh Asma.

"Apa yang netizen lihat saya menangis dalam video tersebut adalah kerana perasaan sebak selepas seorang ustazah berjumpa dan meminta maaf," katanya kepada mStar.

Ifa berkata demikian sebagai mengulas perkongsian video pertemuan dengan pendakwah terkenal itu di sebuah pejabat baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Nyanyian sumbang minggu ketiga ‘Terpaling Juara’, Ifa Raziah salahkan pakaian ganggu persembahan

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Berani komen nyanyian sumbang Ifa Raziah, guru vokal tampil beri penjelasan... “Saya sedar masih baharu tapi tanggungjawab mendidik”

Asma' sebelum ini menegur kenyataan Ifa yang mendakwa sudah menunaikan Umrah sebanyak tiga kali meskipun belum menutup aurat dengan memberitahu hukum menunaikan umrah ialah sunat muakad, iaitu sunat yang amat dituntut, namun hukum menutup aurat adalah wajib.

Dalam pada itu, Ifa berkata, dia juga sudah memaafkan mana-mana individu termasuk penceramah agama yang pernah menegur dan mengaibkannya secara umum sebelum ini.

Jelas pelantun lagu Ser Ser Ser ini dia berharap selepas ini sekiranya ada yang ingin menegurnya boleh bersemuka atau menghubunginya.

ifa1

Penyanyi dan pelakon ini ikhlas memaafkan

"Apabila penonton menonton video siaran langsung saya, apa yang saya maksudkan adalah berbeza dan apabila ada individu tidak bertanggungjawab ambil sedutan sesuatu video dan sunting, lain pula jadinya.

"Saya kecewa mereka tidak datang atau menelefon saya sendiri untuk bertanyakan hal sebenar. Saya lebih suka sekiranya mereka tegur secara berdepan dan bukannya di media sosial," katanya.

Sementara itu, Ifa turut menyelar perbuatan segelintir netizen yang sering mengaitkan isu kontroversi dengan dirinya kerana baginya apa sahaja perkara yang dilakukan tetap dipandang jahat dan langsung tidak melihat kebaikan dilakukan.

"Kita ni buat perkara baik pun orang Nampak jahat. Apa lagi kalau saya ada buat salah sikit terus cakap yang Ifa Raziah ni ahli neraka.

"Kita tak buat salah pun orang kata kita ni salah, berdosa. Apa lagi yang mereka tak puas hati dengan saya?

"Kesimpulannya, kita kena doakan yang baik-baik. Walaupun orang itu dipandang hina oleh manusia, belum tentu dia dipandang hina oleh Allah SWT," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain