suria

Jantung terhenti, M Daud Kilau kritikal akibat paru-paru berair

M Daud Kilau kini kritikal di Hospital Teluk Intan, Perak.

PENYANYI terkenal Datuk M Daud Kilau kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas dimasukkan ke Hospital Teluk Intan, Perak pada malam Rabu.

Menurut anaknya, Ahmad Zaini, penyanyi berusia 84 tahun itu dimasukkan ke hospital selepas mengalami masalah paru-paru berair dan sehingga kini keadaan bapanya tidak menunjukkan perubahan positif.

Beritahunya lagi, ketika sampai di hospital, pasukan perubatan turut melakukan Bantuan Pernafasan Kecemasan (CPR) kepada M Daud selepas jantungnya terhenti buat seketika.

"Pada pukul 2 pagi (Khamis), doktor mengesahkan ayah kritikal kerana paru-paru berair.

ARTIKEL BERKAITAN: Teruja terima kunjungan tetamu, M Daud Kilau pamer pakaian ‘show’ depan rumah

"Kami juga telah memberi kebenaran kepada pihak hospital untuk melakukan CPR dan memasukkan tiub bantuan pernafasan selepas jantungnya terhenti seketika.

"Keadaan ayah sekarang tidak banyak berubah tetapi doktor beritahu air dalam badannya telah banyak keluar melalui saluran kencing," katanya kepada mStar ketika dihubungi pada Khamis.

Terdahulu kata Ahmad Zaini, M Daud dibawa ke sebuah klinik berhampiran kediaman mereka di Bagan Datuk, Perak selepas mengadu sesak nafas.

Penyanyi lagu Cek Mek Molek itu sebelum ini pernah menjalani prosedur pembedahan angioplasty di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur, dua tahun lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain