suria

Enggan lakon babak ranjang dalam filem Hollywood, Zahiril Adzim tak rela langgar hukum agama

Pelakon ini memegang prinsip untuk tidak mahu terlalu mengejar dunia Hollywood

PELAKON Zahiril Adzim tidak sesekali akan menggadaikan maruah diri sekiranya diminta melakonkan babak ranjang meskipun ia daripada tawaran produksi Hollywood.

Zahiril berkata, sebagai seorang beragama Islam dia rela tidak mengembangkan karier di luar negara daripada melanggar hukum agama dengan beraksi berani semata-mata mengejar impian.

"Beberapa tahun lalu, saya pernah menolak tawaran berlakon dengan produksi filem Hollywood kerana apabila membaca skrip, sudah ada babak intim yang memerlukan saya dan pelakon wanita dalam keadaan separuh bogel di atas ranjang.

"Saya bukanlah mengejar sangat karier di Hollywood tetapi jika diberi peluang siapa yang tak mahu, tetapi sekiranya perlu melanggar hukum agama, saya lebih rela menolaknya," katanya kepada mStar.

zahiril1

Zahiril Adzim punya pendirian dan prinsip tegas dalam berlakon.

Zahiril berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem lakonan terbaharunya berjudul Ada Hantu 2 yang diadakan baru-baru ini.

Dalam pada itu, Zahiril bersetuju seseorang pelakon perlu memberikan yang terbaik serta menjiwai watak diberikan namun berpendapat seseorang itu perlu mempunyai pendirian agar tidak mudah dieksploitasi.

ARTIKEL BERKAITAN: Saling memahami! Isteri tak halang Zahiril Adzim minat aktiviti ‘ride motor’... “Sebenarnya Shera lebih lasak dari saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Zahiril Adzim terduduk ditipu, terkilan supplier seberang hantar barang ‘sampah’

"Saya bersetuju kalau seorang pelakon itu mereka perlu memberikan sehabis baik dalam menjayakan watak yang dibawa. Betul, itulah undang-undang dalam lakonan.

"Tetapi sebagai seorang beragama Islam, saya tidak akan menerima mana-mana tawaran yang melanggar batasan agama... saya mempunyai pendirian dan prinsip sendiri," jelasnya.

zahiril2

Teringin mengarah bakat-bakat baharu.

Dalam perkembangan lain, Zahiril memberitahu sudah tiba masanya dia mengorak langkah mengembangkan karier seninya selepas 15 tahun bergelar pelakon.

Kata Zahiril, dia memasang angan-angan untuk bergelar seorang pengarah kerana menerusinya dia boleh berkongsi ilmu dan pengalaman bersama bakat-bakat baharu yang mempunyai potensi.

"Saya teringin nak bergelar pengarah dan bekerja bersama bakat-bakat baharu sambil berkongsi ilmu dan pengalaman yang ada dan berharap impian itu akan menjadi kenyataan," ujarnya.

Selain filem Ada Hantu 2 yang bakal ditayangkan di pawagam pada 15 September ini, Zahiril juga akan muncul dalam karya arahan pertama Liyana Jasmay iaitu Cikgu VS Hantu yang sedang ditayangkan di Astro First.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain