suria

“Biarlah kena maki, cakap apa pun orang tak percaya” - Adam Shahz pilih diam isu nafkah anak, kumpul bukti bawa ke mahkamah

Adam tak mahu berbalas komen isu dengan bekas isteri.

NAMA pelakon Adam Shahz terus menjadi bualan hangat berhubung isu culas membayar nafkah anak kepada bekas isteri yang juga aktres Fatin Afeefa.

Meskipun sudah menjawab pelbagai tuduhan dilemparkan kepadanya namun Adam terus dikritik sehingga diserang netizen ketika mengadakan siaran langsung di TikTok miliknya berhubung isu sama.

Adam atau Nor Shah Azli Abdol Ghani, 41, berkata, buat masa ini dia lebih selesa berdiam diri daripada bertikam lidah dengan netizen memandangkan isu dibangkitkan tiada kaitan dengan mereka.

Jelasnya lagi, dia sedang mengumpul bukti lengkap untuk di bawa ke mahkamah untuk membela dirinya.

Adam Shahz malas bertekak dengan netizen.

"Biarlah orang nak maki. Kita senang sahaja sebab kalau cakap apa-apa pun orang memang tidak akan percaya.

"Jadi lebih baik diam dan buat tak tahu. Paling penting, sementara itu kumpul bukti yang ada dan hantar. Tak perlu peningkan kepala," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Fatin Afeefa mahu tinggalkan bidang seni, tak tahan kontroversi libatkan Adam Shahz... “Saya sudah tak mahu hidup seperti ini”

ARTIKEL BERKAITAN: Adam Shahz minta Fatin Afeefa jangan putar belit cerita sampai buka aib sendiri... “Saya simpan transaksi bukti bayar nafkah”

Sebelum ini, Adam menegaskan dia tidak pernah mengabaikan tanggunjawab terhadap anak perempuannya iaitu Ivy Herra Sophia yang kini berusia 7 tahun.

Beritahunya lagi, sejak dia dan Fatin berpisah dia menyimpan semua transaksi pembayaran dan menyifatkan tindakan aktres itu membangkitkan isu nafkah sekadar meraih perhatian di media sosial.

Adam Shahz kumpul bukti bawa ke mahkamah.

Dalam pada itu, Adam turut mengingatkan netizen agar tidak terus menjatuhkan hukum memandangkan kebenaran masih belum terbukti.

"Macam korang (netizen) pun tak payah judge sesiapa. Saya tak cakap saya betul atau pihak sana betul. Mungkin ada salah saya, mungkin juga ada salah pihak sana," katanya.

Untuk rekod, Adam dan Fatin mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 namun bercerai pada 30 Mei 2017.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain