suria

Tiada sekelumit cemburu lihat dia dan si bidadari… bekas isteri cuma minta PU Abu jangan ganggu lagi

Hana gembira melihat bekas suaminya bahagia.

SEJAK membuat pendedahan sering menjadi mangsa gangguan Pencetus Ummah (PU) Abu yang didakwa tidak henti-henti memujuk untuk kembali berbaik, usahawan Hana Azraa menjadi sasaran netizen yang menuduh dia bertindak demikian kerana cemburu melihat kemesraan bekas suami dengan isterinya, Ain Afini.

Menyangkal dakwaan berkenaan, Hana atau Nurhannah Azra Mohd Zakir hanya tergelak apabila membaca komen-komen tersebut kerana menyedari pihak luar tidak mengetahui situasi sebenar yang berlaku.

"Netizen cakap saya cemburu sebab bekas suami update gambar 'sweet' dengan bidadari dia. Saya nak tergelak," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Hana menjelaskan tujuan dia membuka cerita di Instagram sebelum ini kerana tidak mahu diganggu lagi oleh PU Abu yang mengekorinya sehingga ke Tanah Suci.

hana2 - 1

Hana tidak cemburu melihat kemesraan bekas suami dan isteri.

Katanya, isu 'cemburu' tersebut bermula apabila dia bergambar dengan seorang kenalan yang menghantarnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berangkat ke Tanah Suci, Makkah pada 25 Oktober lalu.

"Kawan hantar saya di KLIA pada 25 Oktober untuk berangkat mengerjakan umrah. Jadi ada yang bergambar dengan kami dan tag kami berdua kemudian saya repost di Instagram.

"Sebelum itu tidak ada sebarang hantaran 'sweet' antara bekas suami dan isterinya. Sehari selepas saya sampai di Jeddah, barulah PU Abu muat naik gambar mesra bersama bidadarinya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] "Ikut hukum saya bukan lagi isterinya" - Hana Azraa rimas diganggu PU Abu, diekori sampai ke Makkah

ARTIKEL BERKAITAN: PU Abu makin bahagia, bakal timang anak ketiga... Tak lupa mohon maaf kepada isteri - "Wanita biasa mungkin angkat kaki dah"

"Yang mana mengikuti kisah saya, tidak ada apa-apa pun yang saya update selepas dapat tahu dia muat naik gambar dengan kapsyen romantik untuk isterinya. Walaupun dalam kapsyen itu dia seperti menyindir saya, tapi saya okay.

"Saya tiada masalah sebab bagi saya, apa sahaja perbuatan dia, saya yakin dia menggunakan akal waras dan dalam sedar," ujarnya.

Hana berkata, gambar yang dia ambil bersama kenalan di KLIA itu kemudiannya dihantar oleh PU Abu kepada ibu Hana dan tindakan itu sebagai kurang baik.

Sebenarnya saya memang bahagia melihat bekas suami gembira bersama bidadarinya.

HANA AZRAA

BEKAS ISTERI PU ABU

Malah Hana kecewa apabila bekas suaminya itu memutar belitkan perkara kononnya dia menghantar mesej kepada ibunya kerana ingin bertanya soal anak mereka, Mateen.

"Mak saya ada banyak lagi benda atau masalah dia nak fikir, orang tua, kan? Faham-faham sahajalah. Tapi PU Abu ini dia macam tidak boleh nak fikir ke bila dia buat macam tu, benda itu tidak bagus?

"Kenapa perlu ganggu mak saya? Apa tujuan dan niat dia hantar gambar saya dan kawan pada mak saya? Itu persoalan paling saya nak jawapan.

"Tapi dia pandai, dia putar belit pada netizen untuk tutup perbuatan dia dan cakap tanya fasal Mateen. Baik, tanya fasal anak tapi persoalannya, kenapa hantar gambar tersebut kepada mak saya?" soalnya yang meminta PU Abu bersikap jujur dengan dirinya sendiri.

553

PU Abu bersama isteir, Ain Afini serta dua anak lelaki mereka.

Sementara itu, Hana menjelaskan, dia tiada sekelumit perasaan cemburu melihat kemesraan PU Abu dan Ain malah pasangan itu berhak berbuat demikian apatah lagi mereka mempunyai ikatan suami isteri.

"Nak sweet sweet ke, nak apa-apa ke dengan bidadarinya itu silakan. Itu hak dia. Tapi janganlah sampai screenshot gambar saya dan hantar pada keluarga saya.

"Tak cukup dengan itu, buat pula kenyataan seolah-olah saya pula yang cemburu walhal saya sikit pun tidak kisah malah saya bersyukur dia bahagia dengan kehidupannya bersama isteri," katanya.

Tambah Hana, sekiranya dia bersikap busuk hati terhadap kebahagiaan bekas suami, dia percaya Allah tidak akan memberi bahagia dalam hidupnya.

"Sebenarnya saya memang bahagia melihat bekas suami gembira bersama bidadarinya. Soal bahagia saya, cukuplah saya mensyukuri dengan apa yang masih ada, siapa yang sudi bersama dan tetap bersama saya," katanya.

hana1 - 1

Hana sudah meneruskan kehidupannya.

Untuk rekod, Abu atau Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi, 28, dan Hana berkahwin pada Mei 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata Muhammad Uwais Al-Mateen yang kini berusia dua tahun.

Bagaimanapun, rumah tangga yang dibina musnah hanya selepas setahun mereka berkahwin.

Kontroversi melibatkan PU Abu bermula apabila dia menceraikan Ain ketika wanita itu sarat mengandung tujuh bulan pada 2019 dan berkahwin dengan Hana sebelum mereka kembali rujuk dua minggu selepas perkahwinan keduanya.

Hasil perkahwinan dengan Ain sejak 2018, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Adam Asyar, 4 dan Muhammad Aryan 'Afi, tiga tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain