suria

Pengarah tuduh babak aksi atas kerelaan, Wafariena lapor polis isu cedera di set penggambaran 

Wafariena terpaksa menanggung sakit akibat melakukan babak aksi sendiri.

PELAKON Wafariena Roslan membuat laporan terhadap pengarah Mata Tak Berhijab iaitu Kahiri Azmi di Balai Polis Kundang, Kuang, Selangor pada 26 Oktober lalu susulan kecederaan yang dialami selepas dipaksa melakukan babak aksi dalam drama berkenaan.

Ibu kepada Wafariena iaitu Suzana Ahmad menjelaskan pihaknya nekad berbuat demikian selepas mendakwa difitnah oleh Kahiri yang mendakwa anaknya melakukan babak berkenaan dengan rela hati.

Suzana turut meluahkan rasa kecewa apabila tiada sebarang permohonan maaf dibuat pengarah tersebut selepas insiden yang berlaku pada 8 Oktober lalu di sebuah kawasan hutan di Lenggong, Perak.

"Sebagai pengurusnya, saya ingin tegaskan Wafariena tidak beraksi secara rela untuk babak berbahaya dalam penggambaran tersebut memandangkan dia tiada pengalaman.

wafariena 1

Wafariena mendakwa pengarah drama berkenaan masih belum menghubunginya.

"Tiada guna kalau dia mahu hubungi kami selepas laporan polis dibuat kerana seolah-olah mengabaikan keselamatan anak saya.

"Sedangkan dia tahu kecederaan Wafariena serius sehingga mengambil masa lama untuk sembuh," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wafariena alami kecederaan dipaksa buat ‘stunt’ sendiri sampai masuk hospital, terkilan pengarah lepas tangan

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau Allah tarik nyawa aku hari itu, mati katak!” - Azhan Rani alami nasib sama seperti Wafariena Roslan, 8 hari di hospital tiada wakil produksi datang ziarah

Sementara itu, Suzana menjelaskan tindakan undang-undang yang diambil hanya kepada pengarah drama tersebut tanpa melibatkan produser atau krew penggambaran yang lain.

Pihaknya juga akan bertemu dengan penerbit drama berkenaan bagi membincangkan beberapa perkara berbangkit termasuk kos rawatan anaknya di hospital.

"Sepatutnya kami akan bertemu penerbit namun belum dapat tarikh kerana jadualnya padat. Antara perkara yang akan dibangkitkan adalah tentang bayaran akhir serta kos rawatan Wafariena.

Tiada guna kalau dia mahu hubungi kami selepas laporan polis dibuat kerana seolah-olah mengabaikan keselamatan anak saya

SUZANA HAMAD

"Wafariena mengalami kecederaan di bahagian perut selain kecederaan tisu punggung dan terpaksa menolak dua tawaran lakonan. Dia bagaimanapun meneruskan penggambaran sebuah program yang sudah dipersetujui lebih awal," katanya.

Menerusi temu bual bersama mStar sebelum ini, Wafariena menjelaskan pengarah terbabit meminta dia melakukan babak aksi berkenaan.

Wafariena yang cedera selepas melakukan aksi itu menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Rawang sehari selepas kejadian.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain