suria

[V] Muat naik hantaran sumbang di YouTube, Vida mengaku tak bersalah

USAHAWAN sensasi Datuk Seri Vida mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang atas pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi video bersifat sumbang pada 29 April 2022.

Pengakuan itu dibuat di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman selepas pertuduhan terhadapnya dibaca jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, Vida atau Hasmiza Othman, 51, didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi bersifat sumbang dengan niat untuk menyakiti hari orang lain menerusi saluran YouTube DSV Entertainment yang dilihat pada 5 Mei 2022 di ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Cyberjaya, Selangor.

Vida didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.

Vida Peguam

Vida diwakili peguam, Datuk Adnan Seman.

Tertuduh juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Terdahulu, Vida hadir ke perkarangan mahkamah kira-kira pukul 9.50 pagi memakai baju berwarna merah jambu dan ditemani oleh anak sulungnya iaitu Cik B atau Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin.

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir 4 jam disiasat SKMM, Vida mengaku undang penari dalam MV raya sekadar untuk hiburan

ARTIKEL BERKAITAN: Pengawal keselamatan halang Cik B masuk tandas wanita, Vida salahkan diri sendiri potong rambut anak macam lelaki

Vida sempat menyapa petugas media yang berkumpul di perkarangan mahkamah sebelum memasuki dewan perbicaraan.

Sementara itu, Ahmad Fuad menetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin manakala kes itu disambung pada 7 Disember 2022 untuk serahan dokumen.

Vida diwakili peguam Datuk Adnan Seman manakala pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Fazrul Sani.

Pada Mei lalu, Vida pernah hadir ke pejabat SKMM bagi membantu siasatan kontroversi video muzik (MV) lagu Muah Muah Raya.

Konsep video muzik yang diketengahkan usahawan itu dikritik warga maya selepas ia dianggap tidak menghormati maksud sebenar hari raya apabila ia didakwa menampilkan unsur drag queen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Tragis! Ibu maut disengat tebuan